Wednesday, May 21, 2014

Ada Samseng Terancang Dalam PKR? -Datuk Johari Abdul

 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul menegaskan kekecohan ala "hooliganisme" (perbuatan samseng) yang berlaku di cabang tertentu di seluruh negara dikenalpasti mempunyai corak tertentu.

Menurutnya, ini kerana ia dibuat mensasarkan tong undi tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Berdasar rakaman video, katanya, kekecohan yang dicetuskan oleh anggota parti atau orang luar dilakukan selepas makan tengah hari sekitar jam 2.30 petang sehingga lima minit sebelum pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang.

Tindakan itu dibuat dengan andaian JPP akan mengadakan pemilihan semula selepas calon yang disokong mereka didapati bakal tewas dalam pemilihan, kata Johari.

"Kita terima banyak klip video, pattern (coraknya) agak kita boleh dibaca... Mereka ini masuk tanpa sebab, dan mensasarkan tong undi dan tiba-tiba berlaku kekecohan. Kita cuba mempertahankannya. Tong jadi sasaran,” katanya.



Katanya, identiti pembuat kecoh itu dikenal pasti berdasarkan baju yang dipakai mereka dan maklumat ahli bahawa orang luar terlibat sama.

"Kita kenal pasti, siasat lanjut sama adalah ia perbuatan jenayah yang dirancang dan kita akan hubungi cabang (untuk kenal pasti pelakunya).
"(Jika benar) JPP boleh batalkan keputusan atau gantung cabang kalau mereka (cabang berkenaan) guna hooliganisme untuk timbul kekecohan," katanya.
 

Turut hadir dalam sidang media itu, pengerusi pegerusi JPP Tan Yee Kiew dan pengerusi Jawatankuasa Aduan dan Bantahan Malek Hussin. Mengulas lanjut, Johari juga berkata pihaknya akan bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi kawasan pengundian yang tertangguh bagi mengelak kekecohan berulang.

"Kita akan pastikan ada rakaman. Jika batal sekali lagi, kita tidak teragak-agak untuk menggantung cabang terdapat salahlaku.
"Kalau cabang itu tidak mengawal penyokong dan berlaku salahlaku, kita akan gantung, hilang kelayakan untuk menghantar perwakilan," tegasnya.

35 cabang tangguh

Sementara itu, Johari memaklumkan pemilihan di 35 cabang seluruh negara yang tertangguh akan diadakan semula pada tarikh yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, beliau berkata sebanyak 22 cabang perlu mengadakan semula pemilihan di semua peringkat - bermula di peringkat pusat, cabang dan sayap-sayap.

Pemilihan cabang tersebut akan bermula pada hujung minggu bermula 31 Mei hingga 22 Jun.

Pemilihan pada 31 Mei, antara cabang yang kecil antaranya Setiu, Kuala Nerus, Kemamaman, Dungun dan Pengerang.

Manakala 1 Jun ialah cabang Tenggara dan Sungai Petani; Jerantut, Paya Besar, Pasir Puteh ditetapkan pada 7 Jun dan Seratok, Galau dan Batang Sadong di Sarawak diadakan pada 8 Jun.

Manakala cabang yang besar di Sabah dan Selangor ditetapkan antara 7 hingga 22 Jun kerana pihaknya perlu menyediakan tempat yang besar dan logistik memandangkan kemungkinan jumlah keluar mengundi akan bertambah berbanding sebelum penangguhan dibuat.

"Tumpuan khusus kepada cabang-cabang besar kerana ia perlu perhatian khusus untuk mengadakan semula pemilihan.
"Kita mahu memestikan proses dan persediaan lebih rapi. Kita mahu berlaku dengan tertib," katanya.

 (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails