Friday, May 02, 2014

Bantah GST: Ini Peserta Ditikam? Gambar Lama, Lapor Bernama.

DEMONSTRASI BANTAH GST Seorang anggota Unit Amal Pas TERBUNUH DITIKAM
Tiada peserta perhimpunan bantah GST cedera ditikam seperti didakwa - Polis

KUALA LUMPUR - "Tiada peserta perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Tambahnya, gambar yang didakwa dihantar oleh laman Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama. Katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

"Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.
"Perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan GST, manakala pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal.
"Polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat dan semua peserta perhimpunan dinasihatkan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu ketenteraman awam," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails