GALERI FOTO
Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.
Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.
Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima.
Terdapat tiga pusat mengundi di DUN Paya Terubong, lapan pusat di DUN Air Itam dan enam di DUN Seri Delima.
Antara pusat mengundi itu ialah Sekoleh Jenis Kebangsaan Kong Min
(Cawangan 2) Jalan Paya Terubong, Sekolah Kebangsaan Air Itam, Sekolah
Kebangsaan Seri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid Khan dan
SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad.
Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi
dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri
Pinang di George Town.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon
DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng
Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu
Backer Sidek Mohammad Zan.
Bagaimanapun kesemua calon tidak mengundi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal
Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan
majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam
yang memperoleh 13,597 undi.
Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Azizal
Ahmad dilapor menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya
kecil Parlimen Bukit Gelugor hari ini sekitar 78 peratus.
Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal pukul 8 malam ini. - Bernama
Laporan langsung
5pm: Tempoh pengundian tamat.
4.10pm: Greenlane – Ramkarpal dan pemimpin DAP lain akan berhimpun di pusat operasi DAP pada jam 7 malam bagi mengikuti keputusan pilihan raya kecil hari ini.
3.30pm: SMJK Chung Hwa – Lim Guan Eng berkata jumlah keluar mengundi yang lebih kecil sudahpun dijangkan kerana BN tidak bertanding dan rakyat menjangka kemenangan untuk Ramkarpal.
Beliau bagaimanapun gembira kerana pemilihan hari ini berjalan dengan aman dan berharap keputusannya akan dapat diterima.
Keputusan dijangka akan dapat diumumkan menjelang jam 9 malam.
"Apa yang penting kita tidak mengamal politik wang dan ancaman gengster," kata Lim selepas menjalan tanggungjawabnya.
4.15pm: Menara Condong - Seorang penceramah BN, Faizal Effendi Hashim, berceramah dengan pembesar suara dihalakan ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang menunggu kehadiran MP lembah pantai, Nurul Izzah Anwar dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Beliau membangkitkan kewajaran DAP meletakkan Dyana sebagai calon kerana peguam muda itu seorang Melayu tetapi menjadi calon bagi parti bukan Melayu.
Ucapannya itu menyebabkan para penyokong Pakatan bertindak balas dengan melaungkan "hidup Melayu".
Penceramah itu meneruskan ucapannya, bagaimanapun dengan membelakangki penyokong Pakatan.
3.50pm: Menara Condong, Teluk Intan - Seorang pemidato BN Youth Volunteer berucap di tepi Menara Condong dan mendakwa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mahukan UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
Apabila dihampiri Malaysiakini, pemidato tersebut enggan memberikan namanya dan menjelaskan sumber ceritanya tentang dakwaan Dyana mahukan UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
Seorang lagi jurukempen yang lebih tua dan turut enggan dikenali berkata, "Kami tak nak bercakap dengan Malaysiakini. You spin cara you, kami spin cara kami".
Dyana sebelum ini pernah menggesa agar satu institusi pendidikan seperti UiTM ditubuhkan untuk orang bukan Melayu.
Namun, beliau tidak pernah memohon agar UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
4pm: Sebanyak 53 peratus keluar mengundi.

3.31pm Peratusan keluar mengundi setakat 2 petang dilapor masih rendah sebanyak 42.90 peratus (35,292 pengundi) sahaja.
3.10pm SJKC Chung Hwa, Island Park – Ketua Menteri Pulau Pinang tiba untuk membuang undi bersama saudara perempuan dan ibunya.
Beliau disambut Ramkarpal, ibunya dan Rayer yang juga mengundi di situ.
Guan Eng menyorong ibunya yang menaiki kerusi roda untuk ke pusat pengundian.
2.30pm
Ekoran kadar keluar mengundi yang rendah, DAP Pulau Pinang kini cuba
menggerakkan seramai mungkin anggotanya menunaikan tanggungjawab mereka
dalam tempoh tiga jam terakhir.
Kempen itu turut dibuat di laman sosial, yang mensasarkan 15,000 anggotanya.
1.30pm: SK Bukit Gelugor - ADUN Seri Delima, RSN Rayer, tiba di pusat pengundian untuk mengundi.
Kenyataannya yang menggelarkan Umno sebagai parti "celaka" menyebabkan bantahan dan kekacauan daripada penyokong Umno di tiga lokasi berbeza di seluruh negara.
1.21pm: MP Bukit Mertajam Steven Sim mendakwa telefon bimbitnya juga digodam sejak Khamis lalu.
Beliau mendakwa telefonnya digodam untuk menyebar mesej bahawa DAP sudahpun menang di Bukit Gelugor.
"Saya berharap orang ramai yang menerima SMS yang diragui daripada kami untuk melaporkan ke pejabat DAP.
"Saya harap lebih ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab...," katanya dalam satu kenyataan.
Empat orang wakil rakyat DAP semalam mendakwa telefon mereka digodam untuk menyebar mesej perkauman. Satu laporan polis dibuat semalam.
1pm: Jumlah keluar mengundi masih rendah, 37.91 atau hanya 30,596 pengundi.
12.30pm: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata suruhanjaya itu masih belum menerima aduan berhubung dakwaan calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam pusat pengundian.
"Ia satu kesalahan pilihan raya. Jika (PCM) benar-benar berbuat demikian, kita akan ambil tindakan.
Sementara itu beliau berkata pasukan sukarelawan boleh berdiri di luar pusat pengundian selagi mereka tidak membawa mana-mana logo parti yang bertanding.
Tambahnya, para penyokong parti bagaimanapun tidak dibenarkan berhimpun dalam jarak 50 meter dari pusat pengundian, dan hanya individu yang membawa pas kebenaran sahaja yang boleh masuk ke pusat tersebut.
12pm: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi sangat rendah, 19.95 peratus sahaja.
11:10am Flet Kg Melayu – Sekumpulan penduduk wanita Kg Melayu mengibarkan kain rentang dan bendera Parti Cinta Malaysia (PCM) di kawasan majoriti Melayu di sini mengajak pengundi mengundi parti itu dan bukannya DAP.

Jarak mereka yang hanya dipisahkan jalan selorong menyebabkan berlakunya 'perang jeritan dan sorakan.'
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mak cik Mah berkata DAP tidak mengendahkan nasib Melayu di kampung Melayu.
Secara sinis ia dibalas dengan sorakan 'Dyana Sofya' oleh seorang penyokong DAP.
10:00am Pegawai kempen Ramkarpal, Ng Wei Aik, mengadu
kepada pengurus pilihan raya bahawa calon PCM Huan Cheng Guan berkempen
dalam SJK Kong Min.
10:50am: Kg Melayu – ADUN Ayer Itam melawat pusat pengundian SK Ayer Itam dan SK Sri Aman.
Beliau berkata, peratusan keluar mengundi setakat ini masih terlalu rendah, terutamanya di Kg Melayu.
“Ramai orang Cina (sudah keluar mengundi) tetapi jumlah orang Melayu
yang turun mengundi masih sedikit,” katanya kepada pemberita.
10am: Peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi, 8.62 peratus atau 7,112 pengundi.
9.45am: SMK Air Itam - Ramkarpal tiba bersama ibunya Gurmit Kaur dengan keadaan yakin.
9.30am: SMK Air Itam – ADUN Paya Terubong Yeoh Soon Hin, selesai membuang undi di pusat pengundian terbesar itu dengan 18,929 pengundi.
9:15am Kg Melayu – Calon bebas Mohamed Nabu Bux Mohd Abdul Sathar tiba bersama dua penyokongnya dan melawat saluran 1 di pusat pengundian Sek Keb Sri Aman.
Beliau meluangkan kira-kira 10 minit bersalam dengan pengundi kawasan berkenaan dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan.
Nabi Bux kelihatan ceria dan yakin bakal menyaingi calon DAP dan Parti Cinta Malaysia.
9:00am: Kg Melayu - Pengundi sekitar kawasan mula hadir ke dua pusat pengundian yang terletak bersebelahan iaitu Sek Keb Ayer Itam dan Sek Keb Sri Aman di sini.
Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar berkata akan hadir ke Sek Keb Ayer Itam untuk lawatan pertamanya hari ini.
8.45am: SMK Air Itam – Exco Phee Boon Poh mengadu pemilih keliru dengan tanda arah yang disediakan SPR di kawasan sekolah.
Beliau tidak dibenarkan masuk membincangkan perkara itu dengan SPR dan
polis atas kebimbangan cuba memancing undi, yang dinafikannya.
“Orang ramai sudah pun buat pilihan mereka,” katanya.
Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi singgah kira-kira 7.45 pagi tadi di sekolah sama untuk meninjau keadaan.
8.30am: DAP bersedia dengan 37 kenderaan untuk mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi. Ramkarpal dijangka membuat lawatan pertama di SMK Air Itam pada jam 9 pagi.
Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengundi di Sekolah Menengah Chung Hwa pada jam 3 petang.
Kali ini, tiada pondok panas pihak bertanding didirikan.
7.50am: SK Seri Relau – Jalan raya masih tenang. Bagaimanapun, terdapat pemilih yang sudah berdaftar untuk menunaikan tanggungjawabnya.
No comments:
Post a Comment