TEHRAN - IRAN.  Hampir 1,000 penduduk Iran mengadakan bantahan mendesak kerajaan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan wajib bertudung di khalayak ramai.

Memetik laporan Arab News, Jumaat lalu, penunjuk perasaan terdiri daripada lelaki dan wanita membantah dengan membawa sepanduk sambil melaungkan pihak berkuasa perlu menghentikan penyebaran maksiat dan menguatkuasakan pemakaian hijab.

Sebelum ini, wanita tidak memakai tudung akan dikenakan denda, notis atau pun ditahan kerana dianggap ingkar dengan peraturan ditetapkan.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFlqc1pJVCeITwrr6yP2MGQHqbS6pPzOAphSXsvtA6VSNa23vxljSeWRwmCINnRM8jAKDZXvXfjvcr3I5KeZ475r-UHzJ9tprM3100lspWPhXY9yVVGS_YsxvKqrK-dRZsek90FCUnyY2w/s2560/1400345859932.jpeg 
Bawah sekali, calon DAP PRK Parlimen Telok Intan..


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Itu di negara Iran Syiah. Di negara Islam Sunni seperti Malaysia bagaimana? Adakah di negara umat Islam Sunni tidak ada perundangan Islam fasal tutup aurat? Itu sebab isteri PM Malaysia pun tak tutup aurat. (IH)