Monday, May 19, 2014
Dyana Ikrar Lawan Hudud, Sama Dg BN/PKR. Na'auzubillah..
Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berikrar untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Katanya, beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Teluk Intan.
Peguam muda itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak diatasi.
"Pendirian saya mengenai hudud adalah sama dengan pendirian parti," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Beliau juga berkata penentangan ke atas pelaksanaan hudud dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan membuatkan beliau "kurang Islam". Dyana akan menjadi salah satu daripada segelintir calon Islam yang bertanding atas tiket DAP sekiranya pencalonannya diterima esok.
Namun, beliau percaya bahawa hudud bukanlah satu isu yang akan menjadi tumpuan utama pilihan raya kecil kali ini. DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia.
Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.
"Saya tidak fikir ia akan menjadi satu isu. Malah GERAKAN juga tidak menyokong hudud," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah bedanya parti Islam dengan parti-parti sekular yamg lain. Parti-parti sekular sama-sama melayari bahtera ingin menuju pulau yang satu iaitu 'kebahagiaan dan keamanan' di dunia. Dalam menuju ke situ, golongan nasionalis, kapitalis, demokratis berdayung disebelah kanan, dan golongan sosialis, komunis berdayung sebelah kiri. Namun pulau 'kebahagiaan dan keamanan' mereka hanya setakat di dunia ini sahaja. Tiada agenda untuk akhirat.
Bagi parti Islam (PAS di Malaysia, Ikhwanul Muslimin di Mesir atau Hisbullah seperti yang disebut dalam Al-Quran) pulau 'kebahagiaan dan keamanan' mereka, bukan di dunia ini sahaja bahkan melangkaui zon dunia, hingga ke akhirat. Untuk menuai hasil di akhirat, mestilah melalui usaha 'cucuk tanam' di dunia. Perundangan Islam 'hudud' adalah antara usaha cucuk tanam itu.
Parti Islam yakin adanya hari akhirat. Pada parti-parti sekular, ada yang yakin dan ada yang tidak yakin adanya hari akhirat. Tidak salah orang yang tidak yakin adanya hari akhirat bernaung bersama parti Islam yang percaya kepada hari akhirar. Kalau betul hari akhirat itu tidak ada seperti kepercayaan sesetengah mereka walaupun persiapan sudah dibuat, golongan Islam itu tidak rugi apa-apa.
Tetapi kalau benar hari akhirat itu ada sedangkan mereka tidak ada persiapan untuk ke akhirat, maka rugilah mereka. Kerana menyesal kemudian sudah tidak berguna lagi. Itulah logik perlunya membantu dan menyokong parti Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
T/kasih Ibnu Hasyim,
Dakwahlah puak-puak sekular tu supa mereka faham.
mantap hujah dan komen tuan.
Tak setuju tak pe tapi jgn menentang...lebih-lebih lagi kita adalah orang Islam...inilah masalahnya bila yang tahu tapi terlalu kurang yang faham...kalau tak faham lebih baik diam daripada berkata-kata...kerana kalau berkata-kata juga akan tersalah kejahilan kita dan lebih memudaratkan agama itu sendiri
Semua nya kan islam yg baik praktikal dan sederhana
Bezanya pendekatan .... pas pun kalau tak de pkr dan dap sokong tok sah mimpi la bak ada belasan mp kat parlimen
Tunjukan baiknya islam dari pelbagai sudut...dr contoh yg mudah dan praktikal
Ulamak pas pun dan org kuat parti pun tunjukan ahlak islam yg baik...jgn la mcm mat abduh UG...
Semua nya kan islam yg baik praktikal dan sederhana
Bezanya pendekatan .... pas pun kalau tak de pkr dan dap sokong tok sah mimpi la bak ada belasan mp kat parlimen
Tunjukan baiknya islam dari pelbagai sudut...dr contoh yg mudah dan praktikal
Ulamak pas pun dan org kuat parti pun tunjukan ahlak islam yg baik...jgn la mcm mat abduh UG...
Saya cadangkan semua penyokong PAS di parlimen Teluk Intan jangan mengundi mana-mana calon. jangan pergi mengundi atau buat undi rosak sebagai protes kepada minah fasik ni dan DAP.
anon 4.21
Memang komplek politik sekarang, tapi utk rosak undi saya tak brapa stuju. MCA,MIC,Gerakan dan sebahgian pemimpin UMNO bukan saja tak sokong malah menghina hukum hudud.Berbeza dgn DAP yg tidak sokong tapi tidak menghina hudud. Politik Islam kena bijak, teruskan dakwah walau ambil masa berjenerasi, itu lah PAS bukan setakat parti politik saja tapi badan dakwah.
Secara rasmi UMNO telah menyokong hudud dengan terbentuknya JK Teknikal hudud 2014. Saudara menabur benci dan fitnah. Takutlah kepada Allah, hidup kita amat singkat. Bila bila masa Allah akan mengambil kita. Jangan kerana mahu menjaga DAP saudara sanggup menafikan kebenaran.
umno nak laksana hudud sepatutnya dari awal mereka telah laksanakan ooi pak haji yg tenteng hudud bukan kah pm pak haji yg dulu tu mahathir kutty.
betul tu!!! aku sokong semua ahli PAS agar terus menjadi lembu DAP. apa pun depa nak jahanamkn Melayu-Islam pun lantaklah.. janji UMNo Madey Kutty mampus!!!
Takbir!!!
Hidup DAP!!!!
Pakai tudung & tutup aurat pun sekarang tak penting lagi!!!
May 19, 2014 at 8:51 PM itu contoh lembu UMNO yang menyalak ikut tuannya.
Nampaknya Mahathir masih menjadi mimpi ngeri bagi PAS. Tak macam Nik Aziz..lenyap tanpa khabar berita.
Post a Comment