Polis menembak salah seorang daripada penyerang di stesen kereta api di selatan Guangzhou, kata biro keselamatan awam bandar itu dalam satu kenyataannya di mikroblog. Empat penyerang terlibat, lapor akhbar People's Daily sambil menambah bahawa kesemua mereka memakai topi warna putih dan polis melepaskan tembakan terhadap mereka selepas mengikari amaran yang dikeluarkan.
Salah seorang daripada kumpulan lelaki itu terbunuh, seorang lagi ditahan, manakala dua lagi berjaya melarikan diri, kata akhbar itu. Insiden itu berlaku kurang seminggu selepas satu letupan yang mengakibat dua penyerang dan seorang awam terbunuh, dan 79 lagi cedera di sebuah stesen kereta api di Urumqi di Xinjiang.
Ia diikuti dengan serangan di stesen kereta api di barat daya Kunming, yang mengorbankan 29 orang dan mencederakan 143 yang lain. (mStar)
No comments:
Post a Comment