"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.
"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.
Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud. Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.
Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis. Dalam pada itu, Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.
"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.
"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya.
Soal menghina agama bukan perkara kecil. Bahkan Muslimin perlu sanggup mati kerana mempertahankan maruah agama.
Isu ini bukan 'telah disalah ertikan.' tetapi salah kenyataan.
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
4 comments:
Anon 1:44 pergi jahanamlah dengan bahasa asing lu tu...ini bumi melayu..
Apa kobondo anon papar di atas tu...
Harith sepatut lebih sensitif tentang jenaka nya. Orang bijak tidak akan bertindak secara bodoh sehingga menghina kepercayaan sendiri ? Dan orang lain.
Rezeki di beri Allah SWT di salahgunakan.
Dia dah minta maaf maka eloklah kita maafkan janganlah dipanjangkan sesuatu yang tidak sepatutnya dipanjangkan. Contohilah Rasulullah banyak penghinaan dan penganiayaan yang baginda terima tetapi baginda maafkan dan lupakan kecuali sedikit seperti kejahatan Abu jahal dan Abu Lahab itupun kerana perintah Allah.
Dia dah minta maaf maka eloklah kita maafkan janganlah dipanjangkan sesuatu yang tidak sepatutnya dipanjangkan. Contohilah Rasulullah banyak penghinaan dan penganiayaan yang baginda terima tetapi baginda maafkan dan lupakan kecuali sedikit seperti kejahatan Abu jahal dan Abu Lahab itupun kerana perintah Allah.
Post a Comment