Saturday, May 10, 2014

Hudud: Harith Iskander, Kalau Dah Sedar Takpe, Tapi..

harith iskander 2
Harith Iskander tidak bermaksud menghina Hudud. 

HALAMAN HIBURAN 
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai. 

Harith, 43, berkata, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan  dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.


"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.
"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.
harith iskander twit
Inilah status mengenai Hudud pada Twitter Harith yang mengundang kemarahan orang ramai.

"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud. Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter  itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.


Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis. Dalam pada itu, Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.


"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa
follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow  dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.
"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya. 
(mStar)
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mengenai Hudud dan Harith Iskander.. Kalau dah sedar tu takpe, al-hamdulillah. Tapi..
 
Yang tak sedapnya kata-kata Iskandar ini..
- 'Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.'
-'Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu,'
 
Penjelasan:  

  • Soal menghina agama bukan perkara kecil. Bahkan Muslimin perlu sanggup mati kerana mempertahankan maruah agama.
  • Isu ini bukan  'telah disalah ertikan.' tetapi salah kenyataan.
Sekian, as-salamu 'alaikum.

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

4 comments:

Anonymous said...

Anon 1:44 pergi jahanamlah dengan bahasa asing lu tu...ini bumi melayu..

maae said...

Apa kobondo anon papar di atas tu...

Harith sepatut lebih sensitif tentang jenaka nya. Orang bijak tidak akan bertindak secara bodoh sehingga menghina kepercayaan sendiri ? Dan orang lain.

Rezeki di beri Allah SWT di salahgunakan.

Anonymous said...

Dia dah minta maaf maka eloklah kita maafkan janganlah dipanjangkan sesuatu yang tidak sepatutnya dipanjangkan. Contohilah Rasulullah banyak penghinaan dan penganiayaan yang baginda terima tetapi baginda maafkan dan lupakan kecuali sedikit seperti kejahatan Abu jahal dan Abu Lahab itupun kerana perintah Allah.

Anonymous said...

Dia dah minta maaf maka eloklah kita maafkan janganlah dipanjangkan sesuatu yang tidak sepatutnya dipanjangkan. Contohilah Rasulullah banyak penghinaan dan penganiayaan yang baginda terima tetapi baginda maafkan dan lupakan kecuali sedikit seperti kejahatan Abu jahal dan Abu Lahab itupun kerana perintah Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails