Datuk Mohd Amar
KUALA LUMPUR: Hasrat Kelantan untuk membawa usul berkaitan undang-undang Syariah ke Parlimen adalah usaha untuk meletakkan undang-undang Islam itu ke tempat yang betul. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana undang-undang syariah masih belum diterima di dalam negara ini.
"Cara mudah faham (ibaratnya) kita baru nak beli kereta bukan nak bawa kereta.
"Seperti hudud, kita baru nak cadang. Yang penting kita kena tengok meletakkan hudud pada tempat yang betul," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-27 yang bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita?"
Menurut beliau lagi, Kelantan mengakui terdapat syarat ketat dan memerlukan penelitian sebelum perlaksanaan hudud. Namun katanya, sebagai orang Islam meletakkan hudud ditempatnya adalah satu kewajipan.
"Sekarang kita usaha untuk melepasi halangan hudud, soal kita bersedia atau tidak itu kemudian," katanya lagi.
Ditanya moderator Dr Maszlee Malik, adakah Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 bukan 'sebuah kereta', Mohd Amar berkata ia sebuah kereta namun 'tiada lesen'. Beliau turut membawa kata-kata Imam Ghazali dalam kitabnya yang menyuruh seorang ayah memberi rotan dan gantung di belakang pintu bagi menakutkan seorang anak dari melakukan kesilapan.
"Soal nak pukul ke tidak itu perkara kedua," katanya.
Turut serta sebagai panel dalam wacana itu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong.
- HARAKAHDAILY 7/5/2014
2 comments:
Dengan Nama Allah SWT
Di mana silapnya perihal HUKUM ALLAH ( Hudud) ??? Adakah Al Quran ( Kata Kata Allah ) dan Hadith Nabi SAW ( kata kata Nabi SAW ) masih blurr atau payah nak mengerti undang undang yang di wajibkan kepada keatas orang Islam ??? Silap Allah kah atau silap Nabi SAW kah sehingga payah atau susah untuk melaksanakan hukum Allah ???
Hukuman yang di reka oleh Lord Reid begitu mudah di ikuti dan di fahami berbanding Hukuman Allah SWT . Adakah Lord Reid lebih bijak dari Allah SWT perihal menghukum orang yang bersalah ???
Tiada siapa yang mempersoalkan Hukum yang di reka oleh Lord Reid tapi perihal Hukum Hudud berbagai alasan kepayahan di utara kan
Hudud hukum Allah. Bersedia ke tidak org beriman mesti ikut. Tak mahu ikut sila cari Tuhan lain. Hukum civil napa tak sedia pun kita kena ikut. Kalau tak yakin dgn hukum Allah macam2 alasan dicari. Dia akhirat nnt berilah alasan kakau boleh.
Post a Comment