Friday, May 09, 2014

Hudud Islam Brunei Diserang. Adik Sultan Berzina?

Kesaksian gundik pangeran Brunei soal syariat Islam
Jillian Lauren. 

AWAL bulan ini Brunei Darussalam menjadi negara Asia Tenggara pertama melaksanakan syariat Islam . Maka bermula lagi kerajaan Brunei dibelasah dan diserang. Dibongkar kisah-kisah lama, baru dan diciptakan yang akan datang. Lihat contohnya..

Diceritakan, khabar ini mengingatkan seorang perempuan asal Amerika Syarikat Jillian Lauren , 41 tahun , yang pernah menjadi salah satu gundik dari Pangeran Brunei Jefri Bolkiah , adik dari Sultan Brunei Hassanal Bolkiah .

Lauren sudah menceritakan kisah hidupnya semasa menjadi gundik pangeran Brunei dalam sebuah buku laris bertajuk " Some Girls : My Life in a Harem " terbit pada 2010 .
Berikut kesaksian Lauren seperti yang dilaporkan oleh The Daily Beast , dua hari lalu . 

" Ketika saya masih remaja , saya menjadi gundik dari adik sultan , pangeran Brunei . Ketika itu saya berfikir mereka bukan orang jahat . Mereka hanya manusia biasa dan sangat kaya . Saya sering bertanya - tanya , apa jadinya jika saya jadi mereka , punya wang banyak dan kuasa . Saya tak pernah mendapat jawapan memuaskan .

Kini sultan menjadi berita di mana - mana kerana melaksanakan syariat Islam di Brunei , termasuk hukuman rejam bagi para pelaku zina , potong tangan bagi pencuri , dan sekatan bagi pelaku aborsi , mabuk - mabukkan , dan homoseksual , serta rogol .

Saya bukan ahli undang-undang antarabangsa . Tapi komen saya atas kes ini adalah ingatan di sebuah malam pada 1990 - an , sultan dan saya minum - minum hingga mabuk di sebuah bilik hotel mewah di Kuala Lumpur , Malaysia . Malam itu kami melanggar sekurang-kurangnya dua syariat Islam .Sedikit menengok latar belakang hidup saya .

Saya baru berusia 18 tahun ketika mendapat panggilan uji bakat di hotel Ritz - Carlton di Bandar New York . Saya diberitahu akan mendapat pekerjaan di sebuah kelab malam di Singapura . Ketika saya mendapatkan pekerjaan itu saya menyedari saya tidak ditempatkan di Singapura . Saya malah baru tahu uji bakat itu adalah undangan buat menjadi gadis penghibur bagi Pangeran Jefri Bolkiah , adik bongsu sultan Brunei . Pada saat itu sultan Brunei adalah orang terkaya sejagat . Ketika saya menerima undangan itu saya masih sangat belia .

Ketika saya tiba di Brunei , saya baru tahu pangeran selalu mengadakan pesta mewah saban malam . Pada pesta itu orang - orang minum - minum hingga mabuk , menari , menyanyi karaoke , dan tentunya ditemani sekitar 30 hingga 40 perempuan cantik dari segala penjuru dunia . 
Hukum rejam kini dipraktikkan di 15 negara . Kumpulan pembela hak asasi , termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch menilai hukuman itu sangat kejam . Menurut organisasi pembela hak asasi Perempuan dalam Syariat Islam , rejam merupakan bentuk kekerasan paling brutal terhadap perempuan .

Di saat rakyat Brunei harus menghadapi kenyataan terkikisnya hak - hak mereka , saya membayangkan , orang yang pernah saya kenal sedang berehat di sebuah hotel mewah di suatu tempat , barangkali sambil mengajak duduk seorang remaja Amerika di pangkuannya , dia membuat undang - undang soal moral . "

Jillian Lauren memulakan kariernya sebagai penari telanjang di New York pada usia 17 tahun . Dia lalu menjadi gundik pangeran Brunei selama beberapa tahun . Lauren kini tinggal di Bandar Los Angeles dan sudah berkahwin dengan pemain bas band Weezer . Mereka menerima pakai seorang anak asal Ethiopia pada 23 Januari 2009 .


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita akan dan mula lihat selepas Brunei mengumumkan pelaksanaan syariat Islam termasuk Hudud, negara itu akan diserang habis-habis oleh media barat dan kuncu-kuncunya. 

Ini salah satu dari episodnya, membongkar kembali yang lama-lama. Ingat mereka menyerang Islam, sebenarnya. Malaysia pun kalau laksana Hudud juga akan menerima nasib sama. Tetapi..

'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai..' kata pepatah Melayu.


Apakah semangat ini hanya ada pada mujahidin-mujahidin Islam sahaja, tidak kepada pejuang-pejuang keadilan lain?

4 comments:

Anonymous said...

Tuan admin saya menyokong pelaksanaan hudud ni tak kira dimana mana negara islam. Tapi seperti kata Dr. Maza hudud Brunei dan Saudi kelainan sedikit dari Hudud sebenar. Di kedua-dua negara tersebut KERABAT DIRAJA DIKECUALIKAN dari hukum hudud. Ada fasal tertentu dalam Perlembagaan Brunei yang menyebut Sultan dan keluarganya dikecualikan dari sebarang undang-undang. Adakah ini bermakna Sultan dan kaum kerabatnya dikecualikan dari hukum hudud sekiranya mereka melakukan kesalahan hudud ni sedangkan Rasulullah sendiri menyatakan kesanggupan untuk memotong tangan anaknya sekiranya anaknya bersalah mencuri. Bagaimana dengan hukum hudud Kelantan adakah terdapat pilih kasih seperti tu.

Ali Mahmud said...

Maaf,
Kalau solat tuan masih belum sempurna, adakah tuan tidak mahu solat langsung?

Begitu juga dengan hudud dan ibadat-ibadat lain.

Anonymous said...

Hukum Allah wajib kita melaksanakan sbg org Islam.Mengapa perlu peduli yahudi yg sentiasa mncri peluang utk menjatuhkan org Islam.? mrk blh mereka pelbagai bentuk cerita, namun hya ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI kebenarannya.

Anonymous said...

hudud berbentuk hukuman

maka amat penting ia dilaksana dgn adil dan dilihat adil.

tk sama dgn ibadah individu yg tidak melibatkan hukuman kpd org lain.

agak2 Allah akan redha ke hudud yg ada pengecualian? bukankah kita nk buat kerana Allah, maka amat penting ia menepati kehendak Allah yg tepat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails