BANGI - Hukum hudud yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 Kelantan hanya boleh dilaksanakan di negara ini sekiranya jenayah Syariah itu diiktiraf menjadi undang-undang Persekutuan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar) berkata, Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak mempunyai bidang kuasa membuat undang-undang jenayah Syariah dan hanya Parlimen boleh berbuat demikian.
"Dalam Enakmen Kelantan itu, kesalahan jenayah seperti membunuh, merompak dan mencuri itu terletak dalam bidang kuasa Persekutuan.
"Mereka sedar ada beberapa perkara termasuk dalam bidang kuasa Persekutuan yang tidak boleh dibuat undang-Undang oleh Dun Kelantan, kalau mereka buat juga akan bercanggah (Perlembagaan)," katanya pada Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan bertajuk: Hudud di Malaysia, Peluang, Cabaran dan Halangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.
"Kalau buat, bagi kesalahan hudud dibuat oleh negeri, ia hanya terpakai kepada orang Islam dan dilaksanakan oleh mahkamah Syariah.
"Tetapi bagi kesalahan hudud yang dibuat Persekutuan, dia akan terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam dan dilaksanakan oleh mahkamah sivil," katanya.
Dalam pada itu, katanya pada masa ini Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan bidang kuasa yang terhad kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman hanya kepada kesalahan terhadap suruhan agama. Kesalahan terhadap suruhan agama itu jelasnya hanya melibatkan orang Islam seperti berzina, minum arak, tidak berpuasa di bulan Ramadan dan tidak menunaikan solat Jumaat.
"Pada masa ini masih ada satu halangan kecil, iaitu undang-undang Persekutuan yang hanya menghadkan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah Syariah, dia tidak boleh jatuhkan hukuman selain itu seperti sebat kerana zina, itu tidak boleh," katanya lagi. (SH)
bumi ini/ alam ini dicipta oleh ALLAH SWT...tetapi HUKUM HAKAMNYA terpaksa mohon kebenaran dari Kerajaan Persekutuan...mabuk air
ReplyDelete