KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan kenyataan keterlaluan Setiausaha Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang menyamakan wanita bertudung yang menyertai demonstrasi GST 1 Mei lalu sebagai 'pelacur atasan'.
“Yang tentunya pelacur duduk di hotel, kenapa golongan ini tidak dilawan. Muslimah zaman Nabi pun dibawa ke medan perang, kerjanya memegang air dan memberi minum kepada tentera Islam,” katanya dipetik dalam laman sosial, Harakahdaily.net, semalam.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu turut meminta orang ramai tidak memandang serong terhadap demonstrasi yang dijalankan demi kepentingan masyarakat itu.
“Kita doakan agar dia (Mohd Radzi) diberi keselamatan oleh ALLAH,” katanya.
Mohd Radzi didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut di laman sosial Facebook miliknya yang memberi perumpamaan muslimah bertudung labuh yang menyertai demonstrasi itu setaraf dengan pelacur kelas atasan.
Kenyataan Mohd Radzi itu dikecam pelbagai pihak termasuk Muslimat Pas yang menggesa ulama muda itu menarik balik kenyataan tersebut dan jika enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Selain itu, Pemuda Pas Pusat menggesa permohonan maaf secara terbuka oleh Mohd Radzi dan menarik balik kenyataan itu sekali gus membubarkan jawatankuasa berkenaan.
Sementara itu, Muslimat Pas Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap akaun Facebook tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, semalam.
Nuridah Salleh mendakwa kenyataan itu dibuat menerusi akaun Facebook bernama ‘Abu Amru Radzi Othman’ pada 2 Mei lalu.
“Saya dengan ini membantah kenyataan tersebut kerana menganggap ia satu kenyataan yang biadap dan juga menjatuhkan maruah saya serta peserta-peserta bertudung labuh lain,” katanya.
Nuridah juga menuntut polis memanggil Radzi untuk dirakam keterangannya selain menuntut Radzi menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada wanita bertudung labuh.
Di Kuala Lumpur, The Malaysian Insider pula melaporkan, meskipun dikritik hebat dan laporan polis dibuat terhadapnya, Setiausaha Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang turut aktif dengan Majlis Ulama Muda Umno tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh menyertai perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
Radzi berkata, beliau menulis kenyataan itu dengan "kewarasannya” dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan yang tidak seharusnya dilihat sebagai satu kesalahan. (IH)
5 comments:
Dengan Nama Allah SWT
Whaaaattttttt TGNA hanya doa
“Kita doakan agar dia (Mohd Radzi) diberi keselamatan oleh ALLAH,” sahaja.
Musuh Islam kutuk kaum hawa , TGNA hanya doa“Kita doakan agar dia (Mohd Radzi) diberi keselamatan oleh ALLAH,” Kenapa begitu lemah dalam soal penhinaan . Dek cara begini lah Agama Islam di pijak dan di hina . Kan elok doa kan Mohd Radzi AGAR ALLAH SWT dan PARA MALAIKAT BERI BELIAU MULUTNYA SENTIASA BUSUK
Mendoakan keselamatan untuk Mohd. Radzi ni supaya beliau sentiasa merasa selamat sehingga tidak menyedari bahaya telah begitu hampir kepada beliau. Ini cara mendoakan orang yang zalim oleh para alim ulama dahulu kala.
Mendoakan keselamatan untuk Mohd. Radzi ni supaya beliau sentiasa merasa selamat sehingga tidak menyedari bahaya telah begitu hampir kepada beliau. Ini cara mendoakan orang yang zalim oleh para alim ulama dahulu kala.
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;"
(An-Nuur 24:23)
Semoga Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa melaknat dan menyiksa Mohd Radzi dan penyokong-penyokongnya di dunia dan akhirat kerana beliau telah mencipta fitnah yang amat berat ke atas perempuan-perempuan Islam yang beriman. Semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan musuh-musuh Islam. Amin !
bagi mmuhd radzi ni pelacor lebih mulia dari ibunya.....
Post a Comment