MELIHAT gambar dan wajahnya yang ceria, pengasih kepada kucing, beliau bukan seorang pengganas. Apa lagi bila beliau mengambil Islam sebagai asas perjuangan dan ingin membebaskan negara tertindas. Beliau adalah mujahidin.
Jadi tidak hairan, bila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kelmarin mengesahkan seorang warga negaranya telah melancarkan aksi 'bom bunuh diri' di Syria , negeri yang kini dirobek oleh tangan kuasa besar melalui perang saudara itu .
" Saya boleh mengesahkan orang ini adalah warga negara Amerika yang terlibat dalam pengeboman 'bunuh diri' di Syria , " kata jurucakap Kementerian Luar AS Jennifer Psaki kepada wartawan , seperti yang dilaporkan oleh akhbar Business Standard , Sabtu (31/5 ) .
Psaki menolak untuk memberi butiran , tapi mengakui bahawa insiden ini merupakan pertama kalinya seorang warga AS terlibat dalam serangan semacam itu di Syria , sejak konflik meletus di sana pada Mac 2011 lalu .
Warga negara AS tersebut , yang menyebut dirinya Abu Huraira al -Amriki (Hurairah ertinya anak kucing) , melancarkan sebuah serangan bom trak di Wilayah Idlib , sebelah barat laut Syria , pada Ahad kemarin .
Berita tersebut pertama kali disebarkan pada Selasa ( 27 / 5 ) di media sosial Twitter oleh Front An - Nusra , sebuah kumpulan perjuangan yang mempunyai kaitan dengan Al - Qaeda dan memerangi regim pemerintahan Presiden Syria Basyar al - Assad . (IH)
No comments:
Post a Comment