ANTARA isi kandungan SMS Datuk kepada isteri pengadu.
KEMASKINI
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berasa sangat terhina apabila mendakwa
dirinya dianiaya isteri yang belum pun setahun dikahwininya selepas
wanita itu 'ditangkap' menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas ahli
politik.Lebih menyakitkan hati, dakwa pengadu yang berusia 46 tahun dan merupakan seorang anggota polis itu, dia telah diusir oleh isterinya yang merupakan seorang ahli perniagaan sebaik perkara itu terbongkar pada 27 Januari lalu. Demikian Lapor Kosmo!
Sementara itu, menurut Sinar Harian individu bekas ahli politik itu adalah bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa di negara ini.
Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013. Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik, dikatakan 'diikat' Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.
Menurut sumber, perbuatan curang wanita itu yang juga seorang pemilik sebuah syarikat pembekal, berjaya dihidu suaminya selepas hampir sebulan mereka berkahwin. Menurutnya, isteri pegawai terbabit kerap menyimpan telefon bimbit dan tidak membenarkan suaminya menyentuh, melihat sebarang mesej atau menjawab panggilan.
"Tindak-tanduk wanita itu semakin hari semakin mencurigakan dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apabila ditanya, dia akan beri pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti bimbang maklumat atau rahsia sulit berkaitan politik terdedah.
"Isterinya kerap 'outstation' ke Melaka kononnya ada mesyuarat atau urusan politik. Sepanjang berada di sana, wanita itu langsung tidak menjawab panggilan," katanya.
Sumber berkata, perbuatan wanita itu terbongkar selepas suaminya ternampak mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' antara isterinya dan Datuk terbabit pada 27 Januari lalu ketika ke pusat beli-belah di Ampang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penyelesai terbaik masalah sosial begini, ialah perlaksanaan perundangan Islam, yang termasuk 'hudud' di dalamnya.
6 comments:
umnu ni bini dia jual dan bini juga mereka beli....
ha ha ha demi kemewahan harta duniawi sanggup..menjual maruah diri kpd suami tu buang je le betina mcm ni tak ada untong pun..
byk lagi pompuan diluar sana ..
Jutaan wanita diluar sana yg lebih baik..cantik dan sbgainya..
biarl e dia dgn kesenangan duniawinya tak akan kemana percaya le..nnt dah habis manis madunya hempas akan dibuang jugak
Zamani,
Hang Jangan Buta Mata, Pekak Telinga, atau Hang Dah Jadi Boodh Mangkuk Hayuum Haram Jaddah dah ker..
Mat Sabu Cam Mana, Nuar Berahim Cam Mana, Ajemin Ali, Nurul Ijjah, Wan Azizah?
Itulah Kecik2 tak nak mampos, menyusahkan kerajaan keluar belanja tanggung kau..
Jangan bodoh laer, peruntukkan utk kau di ambil kira kerana kau rakyat malaysia yg tak tahu mengenang jasa budi apa lagi mahu bersyukur..
Salah Individu bukannyer Parti Boddoh Mak Bapak Tak ajor..
anon 2.10 semua yang kau sebut takde bukti kukuh dan saksi. Kes Nuar Berahim kalau di luarnegeri dah awal-awal lagi dismiss sebab kenyataan saksi bercanggah dan bukti tercemar. Jangan duk baca utusex dan tengok berita tv3, bernama dan awani semua tu tak boleh pakai.
Tular anon 2.10, ada lagi manusia macam u ni... tahun 2014 da masih lagi fikir boleh pcaya semborono... at least baca lar case file, google lexis nexis malaysia. Report from mahkamah..ni baca surat khabar yang slalu kalah saman. And jaga lar pertuturan kita. Kurang kan mako hamun ya. Sabar.
Ketinggalan zaman dan katak di bawah tempurung rupanya Anon 2:10 tu..kalau nk tuduh org berzina tp hanya berkitabkan Utusan Malaysia dan berimamkan TV3 suku dll..memang tak laku tuduhan tu. Bodoh tak nak belajor (just menjwab balik ayat terakhir beliau).
Post a Comment