SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang berkata, negara-negara umat Islam yang dibayangi oleh kuasa besar
dunia masih terpengaruh dengan agenda barat untuk membebaskan
Palestine.
Tegasnya, tanggungjawab untuk membebaskan Palestine khususnya Baitulmaqdis mestilah atas dasar nama Islam.
Umat
Islam katanya, hendaklah mengelakkan diri daripada aspek perkauman,
memecah belahkan umat dan mazhab serta kepentingan lain untuk
menggagalkan pembebasan Palestine.
"Menjadi satu kesilapan besar
apabila negara umat Islam beri kepercayaan kepada kuasa besar yang
menganggotai PBB untuk selesaikan masalah Palestine,"katanya dalam
ucaptama Persidangan Antarabangsa Pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Golongan
Tertindas anjuran Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan
Mapim.
Malangnya tegas Abdul Hadi, hingga kini seluruh negara
umat Islam yang mencapai kemerdekaan masih terikat dengan penyelesaian
yang dirangka oleh barat di mana bercanggah dengan kewajiban umat Islam
mempertahankan bumi Palestine.
"Kita menerima penyelesaian Palestine dengan mewujudkan dua negara iaitu Palestine dan Israel.
"Kita
serah bumi Palestine kepada Israel! Apakah perkara ini diizinkan Islam?
Palestine adalah bumi Anbia iaitu kiblat untuk Umat Islam,"katanya
dihadapan lebih 200 peserta persidangan yang terdiri daripada Ngo Islam
negeri dan antarabangsa.
Justeru, beliau menegaskan mereka yang
berhak ke atas Palestine adalah Islam kerana di situ adalah tempat yang
menjadi pilihan para Nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW.
"Hubungan
kita dengan Palestine khususnya isu Baitulmaqdis adalah hubungan sangat
erat. Berkait dengan kepercayaan dan agama kita yang tidak boleh
mengizinkan bumi Palestine diserah begitu mudah.
"Kita jangan
lupa sejarah penubuhan negara Isarel yang haram menyebabkan kuasa-kuasa
dunia timur barat termasuk Amerika terlibat dalam tertubuhnya Isarel
pada 1948," katanya. (HD)
No comments:
Post a Comment