HALAMAN HIBURAN
CANNES, Perancis - Tiupan angin membantu menyerlahkan kejelitaan
seorang aktres terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Jessica Chastain di
sini pada malam kelmarin, lapor portal berita MailOnline semalam.Kejelitaan Chastain, 37, yang dilahirkan di Sacramento, California, AS itu terserlah ketika dia cuba menghalang angin kuat daripada menyebabkan gaun yang dipakainya tersingkap. Ketika kejadian, dia yang memakai gaun labuh rekaan pereka fesyen dari Beirut,
Elie Saab berada di atas karpet merah dan beraksi di depan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambarnya ketika mahu menyaksikan tayangan perdana filem Foxcatcher.
Filem itu disenaraikan untuk merebut anugerah tertinggi, Palme d'Or dan ia mengisahkan tentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984, Mark Schultz.
Chastain yang memakai gaun berwarna biru itu menyaksikan fitem tersebut pada Festival Filem Antarabangsa Cannes kali ke-67.
Dia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem The Disappearance Of Eleanor Rigby pada festival tersebut. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi cara fikir aktres yang sesat bangat. Tidak boleh dibanggakan atau dijadikan idola langsung. Tidak beretika kemanusiaan.
Lihat ini lagi...
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
2 comments:
kalau org pas @ mt sabu tgk ni terangkat serban kahkah!
Kerana otak dia dah berserabut, dia fikir orang lain pun macam dia. Otak karat biru blue..
Itulah anak didik UMNO.
Post a Comment