KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah pusat urut refleksologi yang menawarkan
khidmat pelacuran terbongkar dengan tertangkapnya 11 wanita warga asing
dipercayai pelacur dalam serbuan di premis berkenaan di Sri Petaling,
malam kelmarin.
Operasi yang diketuai Inspektor Effendi Yusof bersama tujuh anggota
dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat(D7) Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 11 malam.
Ketika serbuan, seramai tiga wanita terbabit sedang asyik mengurut batin ke atas pelanggan. Menurut sumber, premis yang tidak mempunyai lesen itu menyediakan 11 bilik dipercayai digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.
“Hasil siasatan mendapati pelanggan dikenakan bayaran RM110 untuk urutan batin dan RM190 untuk khidmat seks,” katanya.
Katanya, seramai tujuh wanita warga China dan empat wanita warga
Vietnam yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 40 tahun ditahan dalam
serbuan itu.
“Kita turut menahan dua lelaki berusia 32 dan 38 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam dan penyamaran yang dijalankan selama seminggu.
“Kita mendapati hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk ke dalam premis
berkenaan. Dalam serbuan itu juga, kita turut menemui sejumlah kondom di
dalam stor premis berkenaan,” katanya.
Kesemua individu yang ditahan itu dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelacuran bukan sebuah perkhidmatan. Inilah 'pelacuran bahasa', menjadikan benda yang buruk nampak baik, dan yang haram jadi halal.
No comments:
Post a Comment