Anggota polis melakukan kawalan di sekitar pasar di Urumqi, yang menjadi kawasan kediaman majoriti kaum Uygur.
BEIJING: Seramai 31 orang terkorban dan
lebih 90 yang lain mengalami kecederaan pada Khamis apabila dua
kenderaan merempuh sebuah pasar dan melemparkan bahan letupan di wilayah
bergolak di Xinjiang yang didiami etnik Uighur, lapor agensi berita
rasmi Xinhua.
Dua kenderaan dipandu ke dalam kawasan pasar yang sedang dipenuhi
pengunjung di ibu negeri, Urumqi, dengan salah seorang daripada mereka
melakukan letupan, menurut Xinhua yang menyifatkan insiden ganas itu
adalah yang terbaharu di rantau pedalaman barat.
Gambar yang dipaparkan di Weibo, serta Twitter menunjukkan mangsa terbaring di atas jalan. Latar belakang gambar menunjukkan api yang sedang marak, manakala
imej-imej lain menunjukkan kepulan asap melitupi gerai-gerai di pasar
sambil polis melakukan sekatan jalan. Tiada seorang pun mangsa dapat disahkan dari gambar-gambar tersebut.
Ledakan di sebuah pasar di Kota Urumqi. abc.net.au
Seorang saksi yang sedang berada di pasar memberitahu Xinhua dia
mendengar bunyi letupan kuat semasa kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi
(2350 GMT), ketika pasar pagi yang menjual barangan runcit segar
biasanya sesak dengan pembeli.
"Terdapat beberapa letupan kuat di pasar pagi di Cultural Palace di
Urumqi," dia menulis di Weibo dan berkata dia berada kurang dari 100
meter dari tempat kejadian.
"Saya melihat api dan asap tebal manakala kenderaan dan barang-barang
tersebut terbakar manakala peniaga melarikan diri meninggalkan
barang-barang mereka."
Semua yang cedera telah dihantar ke hospital, lapor portal web kerajaan serantau Xinjiang, Tianshan . Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kawasan luas kaya sumber daya yang jauh di bahagian barat China itu
telah melihat kekerasan berkala yang telah meningkat dan kadang - kadang
merebak dalam beberapa bulan terakhir .Beijing berkata pihaknya tengah menghadapi serangan keganasan dari
puak pemisah di sana , didorong oleh ekstremisme agama dan kumpulan -
kumpulan asing . Pengkritik mengatakan ancaman keselamatan di Xinjiang telah dibesar -
besarkan oleh Beijing untuk membenarkan tindakan terhadap kumpulan garis
keras , dan sebagai gantinya menunjukkan jurang ekonomi dan penindasan
budaya serta agama dari warga Uighur sebagai penyebab rusuhan . Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden keganasan itu .Insiden ini berlaku tiga minggu selepas tiga orang terbunuh dalam
serangan bom fatal dan tragedi penusukan di sebuah stesen kereta di
Urumqi . Pada
30 April , hari terakhir dari kunjungan Presiden Xi Jinping ke wilayah
tersebut , penyerang bersenjatakan pisau dan bahan letupan melakukan
serangan di sebuah stesen kereta di Urumqi , menewaskan satu orang dan
mencederakan 79 orang lain . Dua penyerang juga tewas . Para ahli komplot utama telah merumuskan rancangan dari luar negeri
dan lapan hari sebelum kejadian telah memerintahkan sepuluh orang untuk
membuat bahan letupan dan memilih target , seperti dikutip dari laporan
agensi berita Xinhua . Pada Mac lalu , para penyerang melakukan tindakan penusukan di sebuah
stesen kereta di Bandar Kunming , sebelah barat daya China , menewaskan
29 orang dan mencederakan 143 orang yang lain dalam insiden yang
mendapat jolokan ' China 9 / 11 ' oleh media kerajaan . Empat dari para penyerang ditembak mati oleh polis . Pada 2009 rusuhan etnik meletus di Urumqi antara suku Uighur dan
majoriti warga China dari etnik Han , menyebabkan 200 orang terbunuh dan
mencetuskan tindakan keras keselamatan . China telah secara dramatik meningkatkan jumlah rondaan bersenjata di
jalan - jalan dalam menanggapi serentetan insiden keganasan . Kumpulan
hak asasi berkata ketegangan di Xinjiang didorong oleh penindasan
budaya , langkah - langkah keselamatan yang mengganggu dan imigresen
oleh majoriti warga China dari etnik Han , yang telah menyebabkan
puluhan tahun diskriminasi dan ketimpangan ekonomi . Namun , Beijing mendakwa dasar di wilayah itu telah membawa kemakmuran dan standard hidup yang lebih tinggi . (IH)
No comments:
Post a Comment