Mengapa Gadis Mongel Ini Berbogel?
(Lihat: http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/05/gadis-berusia-16-tahun-berbgel-di.html)
Kesimpulan jawabnya, di katakan kerana 'kurang siuman dan dihantar ke hospital '.
Sedikit Ulasan
RASULULLAH SAW pernah bersabda: Maksudnya:
- “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”
Ertinya orang yang akalnya tidak sihat atau orang yang tidak siuman
atau orang yang terencat akal atau pun orang gila tidak boleh dan tidak
mampu beragama. Mereka pun tidak dituntut beragama. Jelasnya mereka
tidak dituntut bertauhid, bersyariat ataupun bertasawuf. Mereka bukan orang yang mukalaf.
Oleh itu mereka tidak disuruh
menegakkan syariat. Mereka terlepas dari hukum suruhan dan hukum
larangan Tuhan. Kalau mereka berbuat ibadah, tidak diberi pahala. Kalau
mereka berbuat maksiat dan kemungkaran pun tidak berdosa. Mereka ini dianggap sebagai ahlul fitrah. Mereka ini sama sahaja
dengan kanak-kanak yang mati sebelum akil baligh tidak kira apa agama
ibu ayah mereka dan juga manusia yang tidak sampai kepada mereka seruan
dakwah. Mereka semua adalah ahli syurga.
Tidak Berakal Dalam Hadis Di Atas.
Namun istilah tidak berakal dalam hadis tersebut bukan sahaja
bermaksud gila atau tidak siuman atau terencat akal. Kalau itulah yang
dimaksudkan, sudah tentu Rasulullah akan terus menyebut gila atau tidak
siuman. Tidak berakal di sini juga bermaksud belum pandai menggunakan
akal atau akal yang belum sempurna. Seperti kanak-kanak yang belum cukup
umur atau belum akil baligh, mereka ini bukan gila atau bukan tidak
siuman. Cuma mereka belum pandai menggunakan akal dan oleh itu dianggap
tidak berakal. Mereka ini tidak diwajibkan beragama.
Walaupun begitu, hadis ini tidak pula bermaksud orang yang berakal
atau orang yang sempurna akalnya sudah tentu akan beragama. Ini tidak
berlaku. Berapa ramai kita lihat orang yang berakal malahan yang
pandai-pandai pula tidak beragama bahkan ada di antara mereka yang
menentang agama.Seperkara lagi, walaupun agama dalam hadis ini dikaitkan
dengan berakal, ini tidak bermakna akal itu semata-mata adalah alat
untuk beragama.
Justeru itu kalau akal diasah tajam-tajam dan diisi dengan
berbagai-bagai dan sebanyak-banyak ilmu, belum tentu seseorang itu akan
beragama, walaupun ilmu yang ada padanya adalah ilmu Quran dan hadis.
Berapa ramai kita lihat profesor-profesor terutama di
universiti-universiti di Barat dan Amerika yang mengajar ilmu Islam dan
memberi ijazah,masters dan PhD ilmu Islam kepada graduan-graduan Islam
tetapi mereka sendiri tidak beriman.
Hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berakal dan bukan kepada
orang berakal. Orang yang tidak berakal ialah orang yang tidak pandai atau
belum pandai menggunakan akalnya. Orang berakal pula ialah orang yang
mengagungkan akalnya. Ada beza antara dua istilah ini.
- Kalau orang yang tidak berakal susah hendak beragama,
- orang berakal yang berpandukan akalnya dan logik semata-mata, lebih-lebih lagilah susah hendak beragama.
Sebenarnya, tidak berakal dalam hadis ini membawa maksud akal yang tidak
terpimpin. Orang yang akalnya tidak terpimpin dianggap tidak berakal. Dalam Islam, akal yang tidak terpimpin itu ialah akal yang tidak
dapat berfungsi di atas landasan hak dan kebenaran. Iaitu akal yang
berputar dengan bebas tanpa dikawal oleh hati yang yakin, beriman dan
takut kepada Allah. Islam menganggap orang yang akalnya tidak mahu
tunduk kepada hatinya atau kepada kebenaran sebagai orang yang tidak
berakal. Akal seperti ini hanya akan tunduk kepada nafsunya sahaja.
Walau bagaimana pintarnya akal yang tidak terpimpin ini, ia tidak
akan dapat keluar dari kepompong alam dunia dan alam material. Ia tidak
dapat meneroka alam-alam yang lebih seni dari alam syahadah atau alam
nyata ini seperti alam barzakh, alam akhirat, syurga, neraka, malaikat
dan hal yang berkaitan dengan Tuhan itu sendiri. Walhal semua itu adalah
benar.
Akal yang tidak terpimpin ini sangat bahaya. Ia akan bergantung
habis-habisan kepada logik akal semata-mata dan tidak akan nampak sumber
kebenaran yang lain. Walhal kalau mengikut logik akal, akhirat itu tidak logik, syurga dan
neraka tidak logik, hidup sesudah mati itu tidak logik, malaikat tidak
logik bahkan Tuhan itu pun tidak logik. Justeru itu, orang yang akalnya
tidak terpimpin akan mendapati sukar untuk mempercayai perkara-perkara
ghaib seperti malaikat, hari kiamat, Tuhan dan sebagainya.
Ini pun kurang akal?
Kesimpulan:
No comments:
Post a Comment