Thursday, May 15, 2014

Mesir Di Ambang Kehancuran, Bagaimana Sikap M'sia?


Doha: Ulama terkemuka yang berpangkalan di Qatar kelmarin menyatakan pemilihan Abdel Fattah al-Sisi sebagai Presiden Mesir hanya akan membawa kehancuran kepada negara itu.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi berkata, kenyataannya itu disokong dengan hakikat bahawa pencalonan Abdel Fattah mendapat sokongan rejim Zionis Israel.

“Israel memang mahu Abdel Fattah menjadi presiden kerana dia dapat melindungi kepentingan mereka dan tidak menimbulkan masalah dalam isu Palestin,” katanya.

Mesir akan mengadakan pilihan raya presiden selepas Abdel Fattah menggulingkan Mohamed Mursi Isa al-Ayyat pada 2012. Mohamed Mursi dilantik sebagai presiden melalui proses demokrasi hasil penyingkiran Hosni Mubarak.

Yusuf berkata, Abdel Fattah juga mendapat bantuan daripada Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, yang berkempen untuknya. Abdel Fattah dijangka akan menang mudah pada pilihan raya kali ini kerana pelbagai kekangan yang dikenakan terhadap rakyat Mesir. Satu-satunya calon yang menentangnya pula adalah ahli politik haluan kiri yang kurang dikenali, Hamdeen Sabahi.

Yusuf berkata, sejak hari pertama Abdel Fattah menggulingkan Mohamed Mursi, apa yang berlaku di Mesir adalah pembunuhan demi pembunuhan berlaku.

“Pertumpahan darah berlanjutan, wanita tidak bersalah dirogol.
“Mesir kini kehilangan semuanya. Ini satu malapetaka besar” katanya.
- Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara-negara umat Islam seolah bersetuju, bila kuasa besar melebelkan Gerakan Ikhwanul Muslimim sebagai pengganas. Kedutaan Mesir masih tersergam bebas di Malaysia. Malaysia sokong pengganas dan pembunuh rakyat Mesir sekarang?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails