Monday, May 05, 2014

MH370: Kos Mencari Cecah RM180 Juta


CANBERRA: Kos operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sehingga kini dianggarkan mencecah kira-kira RM180 juta (AUS$60 juta). Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia dan China berhubung misi mencari pesawat berkenaan.

"Anggaran kos sepanjang operasi ini akan dibincangkan lebih lanjut," katanya ada sidang media bersama selepas mengadakan rundingan tiga pihak terbabit di sini, Isnin selepas rundingan berkenaan, Isnin.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perbincangan tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia berjalan dengan baik.

"Malaysia berterima kasih kepada Australia dan China kerana terus komited membantu dalam usaha mencari MH370 yang kini sudah memasuki fasa baharu.
"Usaha mencari yang sudah memasuki hari ke-57 itu dianggap semakin mencabar kerana kawasan pencarian diperluaskan dengan penambahan beberapa aset dari Australia, China dan Amerika Syarikat," katanya.

Hishammuddin berkata, operasi yang dijalankan kini sangat fokus dan dirangka dengan teliti serta berada pada landasan yang betul. Beliau berkata, penyelesaian yang baik pasti ditemui sekiranya tiga negara berkenaan terus bekerjasama rapat.  (mStar)

Lihat..
E-Buku IH-84: Apa Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?
E-Buku IH-84: Apa Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails