Terjun: Pandelela, Mun Yee Raih Gangsa Di Moscow
KUALA LUMPUR: Penerjun
negara Pandelela dan Leong MunYee berjaya meraih pingat gangsa dalam
acara 10m platform seirama pada pusingan keempat Kejohanan Terjun Siri
Dunia FINA 2014 di Moscow, Russia, Jumaat. Gandingan negara itu, yang gagal memburu pingat pada pusingan ketiga diLondon, Isnin lepas, meraih 310.26 mata untuk menduduki tempat ketiga, menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) www.fina.org.
Gandingan emas Sukan Olimpik London 2012, Chen Ruolin dan Liu Huixia dari China terus menguasai acara itu selepas mengumpul 332.28 mata diikuti pasangan Korea Utara, Choe Kyong Un dan Song Nam Hyang dengan 314.82 mata untuk pingat perak.
Dalam pada itu, dua lagi pasangan negara - Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman akan bersaing dalam acara tiga meter papan anjal seirama lelaki serta pasangan Cheong Jun Hoong dan Ng Yan Yee dalam acara sama kategori wanita, lewat petang Jumaat. (mStar).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai tokoh-tokoh agama di Malaysia, Mufti, imam dan lain-lain.. mahukah anak gadis tuan berpakaian begini demi menaikkan nama Malaysia? Wajarkah anak-anak gadis Islam merebut peluang bertelanjang begini?
4 comments:
Sepatutnya admin guna contoh perempuan beragama Islam sebab kalau tunjuk contoh bukan Islam mereka sememangnya tidak tertakluk kepada hukum menutup aurat. Banyak gambar perempuan Islam yang tak menutup aurat yang boleh dijadikan contoh. Seingat saya admin gemar menjadikan Pandelela dan Mun Yee ni sebagai contoh perempuan tidak menutup aurat dan berpakaian separuh bogel tetapi mereka berdua ni bukan beragama Islam macam tak kena pada tempatnya.
kepada Podih Bonar..
Admin bincang fasal negara Islam, bukan soal individu. Bukan macam itu sepatutnya wakil negara Islam.
Sekarang isu Pandelela dan Mun Yee, itulah contoh terbaik.
jangan podih, podih..
Saya tak rasa admin bincang pasal negara Islam berkaitan dengan artikel ni. Di sini admin bertanya kepada mufti,imam,ustaz dan pengiat-pengiat agama Islam yang lain mahukah anak perempuan mereka berpakaian begini. Sebagai umat Islam saya amat menyokong saranan admin supaya muslimah menutup sebab itu adalah perintah Allah dalam Al-Quran.
Saya tak rasa admin bincang pasal negara Islam berkaitan dengan artikel ni. Di sini admin bertanya kepada mufti,imam,ustaz dan pengiat-pengiat agama Islam yang lain mahukah anak perempuan mereka berpakaian begini. Sebagai umat Islam saya amat menyokong saranan admin supaya muslimah menutup sebab itu adalah perintah Allah dalam Al-Quran.
Post a Comment