Saturday, May 03, 2014

N/Islam Tanpa Hudud (?), Seks Rumah Urut Tumpas Sementara..

Foto
Foto
Foto
Kuala Lumpur: Seramai 18 wanita warga Vietnam yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks di sebalik dua pusat urut refleksologi di Metro Prima Kepong di sini, dicekup polis dalam dua serbuan berasingan, malam tadi.

Ops Noda itu dijalankan sepasukan dua pegawai dan 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais, kira-kira jam 10.45 malam. Difahamkan, ketika serbuan, dua daripada wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu sedang melayan pelanggan dan semua mereka tidak sempat melarikan diri. 
Siasatan awal polis mendapati premis tidak berlesen itu menggunakan nama pusat urut namun sebaliknya menawarkan khidmat seks antara RM100 hingga RM138. Selain semua wanita itu, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Sentul untuk tindakan lanjut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini, siasatan awal polis mendapati..
  • premis tidak berlesen.
  • menipu menggunakan nama pusat urut 
  • sebaliknya menawarkan khidmat seks antara RM100 hingga RM138. 
  • dua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditahan.
Ertinya, Malaysia sehingga sekarang masih belum selesai masalah najis zina, makin bertambah, bukan makin kurang.  Konon negara Islam tetapi tanpa hudud, masih berlakon hendak hapuskan zina. Pemimpin-pemimpinnya penakut, tidak bercita-cita tinggi, dalam hal hudud dan agama semuanya tak boleh, hilang semboyan 'Malaysia Boleh! Mereka perlu diberi motivasi segera. Malu kepada kerajaan Brunei yang kerdil tetapi berjiwa besar, sanggup hadapi rintangan dalam melaksanakan hudud. Brunei Boleh, Malaysia Tak Boleh.. Apa dah jadi...

No comments:

Post a Comment