Paderi Katolik Biskop Dr Paul Tan Chee Ing memuji sentimen anggota Parlimen PAS Mujahid Yusof Rawa yang dinyatakan melalui lawatannya terhadap seorang rahib yang terlantar koma di Hospital Seremban selepas diserang lelaki tidak dikenali.
“Saya setuju dengan sentimen Mujahid dan dakwaan lebih lanjut bahawa ia menandakan tatanegara bertamadun jika tempat ibadat diiktiraf dan tidak boleh dicabul oleh semua pihak.
“Saya memujinya untuk isyarat kemanusiaan dengan lawatan terhadap mangsa kekejaman yang kami anggap lebih hina kerana berlaku dalam kawasan rumah ibadat dan kepada pihak yang mahu melaksanakan ritual wajib mereka,” kata ketua gereja Katolik Johor-Melaka itu.
Polis pada 16 Mei lalu menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes serangan dan samun ke atas dua orang rahib di Gereja Visitation di Jalan Yam Tuan, Seremban pada Rabu lepas dan menegaskan kes jenayah itu tidak mempunyai kaitan dengan sentimen agama.
Kedua-dua mereka cedera dan didapati tidak sedarkan diri. Beg tangan mereka yang mengandungi wang dan telefon bimbit turut hilang. (MK)
No comments:
Post a Comment