Thursday, May 29, 2014

Panda: ‘tidak masuk akal’ & ‘kerajaan bodoh’. -Datuk Mafuz Omar


Sepasang panda gergasi dari China tiba di Malaysia minggu lalu dalam satu program sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Gambar fail The Malaysian Insider. Sepasang panda gergasi dari China tiba di Malaysia minggu lalu dalam satu program sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. Gambar fail The Malaysian Insider.


















Ahli Parlimen PAS mengkritik program panda gergasi Malaysia dan menyifatkan tindakan membelanjakan RM60 juta untuk menjaga sepasang haiwan itu di negara ini sebagai 'perjanjian tidak masuk akal' yang dibuat oleh 'kerajaan bodoh'.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mafuz Omar juga mempersoalkan manfaat diperolehi oleh Malaysia daripada hasil kajian yang dibuat ke atas tingkah laku Panda kerana ia bukannya haiwan yang biasa hidup di negara ini.

"Untuk meraikan 40 tahun hubungan kita dengan China, kita membayar antara RM60  hingga RM70 juta selama 10 tahun hanya untuk panda ini. Tetapi Cina tidak memberikan wang untuk meraikan 40 tahun hubungan diplomatik ini. Ini adalah perjanjian tidak masuk akal oleh kerajaan yang bodoh.
"Mereka kata kita akan mendapat manfaat daripada kajian tingkah laku panda. Sila nyatakan apa manfaat yang kita boleh belajar daripada panda ini," kata Mahfuz pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri G Palanivel, berkata Malaysia membelanjakan RM60 juta sehingga kini untuk membawa sepasang panda gergasi ke Malaysia. Sebanyak RM25 juta dibelanjakan untuk bangunan haiwan ini yang berhampiran dengan Zoo Negara, manakala RM15 juta untuk pengendalian dan RM20 juta untuk sewaan empat tahun pertama. – 29 Mei, 2014. (TMI)

1 comment:

Anonymous said...

Barisan Nasional memang kerajaan yang bodoh tapi kenapa Pakatan rakyat yang bijak ni gagal menggulingkan BN dalam PRU.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails