Sunday, May 11, 2014

Pelakon Adeline Tsen, Kegiatannya Ini Dituntut Oleh Islam..

Foto
HALAMAN HIBURAN

Jarang kita lihat anak muda sanggup berhabis wang untuk menguruskan pusat jagaan warga emas. Berbeza dengan pelakon Adeline Tsen, 28, yang sanggup mengetepikan keperluan diri supaya impian disimpan sejak di bangku sekolah dapat dilaksanakan.

Pelakon siri Hotel Mania itu yang kematian ibu sejak usia 17 tahun, menyimpan impian membuka pusat jagaan orang tua. Akhirnya impian itu tercapai dengan kehadiran Suria Nursing Centre, Petaling Jaya, dua tahun lalu, yang diusahakan bersama seorang rakan.

Jika ada masa terluang, Adeline akan menghabiskan masa di sana membantu jururawat menjaga penghuni pusat jagaan itu.  Berpegang kepada prinsip seseorang itu harus melakukan amal ketika hidup, Adeline berkata, bukan pujian atau balasan yang dipinta apabila mengusahakan pusat itu.

“Ia lebih kepada menabur budi kepada masyarakat, terutama yang memerlukan. Buat masa sekarang, pusat ini hanya mampu menampung 15 warga emas dan akan berkembang pada masa akan datang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kegiatan beginilah yang patut menjadi idola para remaja kita. Bahkan menguruskan pusat jagaan warga emas begini amat dituntut olah agama Islam, sebagai sebahagian dari kerja-kerja kerbajikan.

Laporan hari ini menywbutkan, kerajaan akan menambah 20 lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh negara bagi memberi ruang kepada golongan berkenaan mengikuti pelbagai aktiviti dijalankan di situ, seterusnya mengisi masa lapang mereka.

“Melalui PAWE, golongan warga emas boleh mengisi masa lapang dengan pelbagai program dijalankan. di sini seperti aktiviti kerohanian.
“Mereka tidak berasa bosan apabila tinggal bersendirian di rumah kerana ada aktiviti boleh dilakukan setiap hari secara percuma dari pagi hingga petang,” kata  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2014, Kuala Lumpur semalam.

Sila Lihat..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

3 comments:

Anonymous said...

berapa bayaran dikenakan ? ada kawan di seremban menguruskan sebuah pusat penjagaan warga emas juga tetapi khas untuk yang kaya raya sahaja dan dia dapat hidup mewah bagaikan seekor cukong juga ......ha ..ha ..ha...!!!

Anonymous said...

Ada juga yg bukak pusat karoke yg khas utk org2 kaya...dia boleh kaya raya juga....hahaha

anonymous said...

Adeline tsen... check in kat hotel aku keje ni dia check in dgn seorg india tua..... siap check in guna ic dia hahahahaha........ bukan bikin cerita aku keje hotel ni aku tau laaa.... room 1113 dalam kenangan 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails