Friday, May 09, 2014

Pemilihan PKR: Azmin, Nurul Izzah, Amiruddin Dahului Pencabar


 




KUALA LUMPUR: Keputusan rasmi pemilihan PKR sehingga 4 Mei, menyaksikan penyandang Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali terus mendahului dua pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Keputusan rasmi itu menyaksikan Azmin memperolehi 9,876 undi, manakala Khalid mendapat 6,217 undi dan Saifuddin sebanyak 5,717 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwr mendahului pencabar-pencabar lain dengan mendapat 13,013 undi, diikuti Tian Chua (11,845) dan Rafizi Ramli (10,561).

Sementara itu, untuk jawatan Ketua Wanita, penyandangnya Zuraida Kamaruddin juga dilihat mengatasi pencabarnya dengan mendapat 3,180 undi berbanding Exco Selangor, Rodziah Ismail dengan 2,626 undi.

Dalam pada itu, jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adun Batu Cave, Amiruddin Shaari dengan 1,619 undi mendahului dua pencabarnya. Dengan perbezaan hanya 68 undi, persaingan sengit berlaku antara Amiruddin dengan pencabar terdekat beliau, Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendapat 1,540 undi.

Seorang lagi calon Ketua AMK, Nazree Yunus memperolehi 1,036 undi. Pemilihan seterusnya pada 10 Mei untuk Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan, sementara itu bagi Negeri Selangor pemilihan akan dilakukan pada 11 Mei.

Pengundian PKR bermula 25 April lalu dan akan berlangsung secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei depan. Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti itu layak mengundi. Kesemua jawatan tertinggi parti ditandingi kecuali Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menang tanpa bertanding. - HARAKAHDAILY, 9/5/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails