Wednesday, May 28, 2014

Pengisytiharan Harta Dr Jeyakumar. Syabas PRM! PR Bila Lagi..


Ini merupakan surat akuan aset Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagi tahun 2014.Ini merupakan surat akuan aset Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagi tahun 2014.

Ahli Parlimen Sungai Siput Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj hari ini sekali lagi mengisytiharkan harta di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Siput.

Dia merupakan satu-satunya ahli Parlimen yang berbuat demikian sehingga kini.

Orang yang hadir ke sidang media termasuk penduduk tempatan, Setiausaha Agung PSM S Arulchetvan, Timbalan Pengerusi Saraswathy, Timbalan Bendahari Soh Sook Hwa, Ahli Jawatankuasa Pusat Rani Rasiah, Sukumaran dan pemimpin cawangan Sungai Siput Agastin. Arulchetvan menjelaskan perwatakan PSM dalam isu nasional seperti peneroka Kampung Hakka, bantah GST, bantah Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), himpunan Blackout 505, pilihan raya kerajaan tempatan, alam sekitar dan pengangkutan.

Arulchetvan memberikan enam program yang disertai oleh PSM: 6 orang ditahan Ordinan Darurat saman Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara menang RM200,000, Soh dakwa Akta Universiti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, menuntut hak pekerja bagi pekerja Myanmar Aye Cho yang dalam proses dibicara oleh Mahkamah Buruh, membentang rang undang-undang ahli persendirian Akta Keterangkuman Sosial, membuka Kedai Buku Kiri Tinta Merah, kes kemenangan 44 orang yang disaman dalam protes tahun 2008.

Pengisytiharan harta

Berbanding dengan tahun 2013, rumah kediaman Dr Jeyakumar di Ipoh bertambah RM10,000 menjadi RM140,000.

Empat buah kereta adalah Volvo (versi 1988) harga pasaran RM10,000, kenderaan Pajero (versi 1996) yang dihadiahkan oleh kawan bernilai RM6,000, Mazda (versi 1986) digunakan oleh cawangan Buntong bernilai RM300, Nissan Sentra (versi 2000) bernilai RM15,000.

Simpanan wang bertambah ke RM50,000 berbanding dengan tahun lepas hanya RM10,000. Nilai saham bertambah dari RM10,000 ke RM44,000.

Dr Jeyakumar juga memberitahu wartawan yang tanya kenapa harga pasaran Volvo dinaik ke RM10,000, dia kata kalau kereta ini dilelong di laman web boleh dapat harga ini.

Tahun lepas dia hanya tanya harga kepada penjual kereta terpakai.

Dr Jeyakumar kata Ahli Parlimen adalah penjawat awam, berkhidmat demi kepentingan awam, wakil rakyat yang berjaya dipilih tidak boleh menggunakan jawatan ini untuk menjadi kaya.
Dia tidak bantah rakyat menjadi kaya, tetapi bukan dengan identiti wakil rakyat.



Laporan kerja

Tahun ini dijangka ada 2,500 kes diadu ke Pusat Khidmat.

Isu komuniti yang dibawa termasuk menuntut bantuan daripada kerajaan bagi mangsa kedai terbakar di Jalan Lintang, kenaikan kadar sewa kedai Jalan Lintang, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar menaikkan kadar sewa penjaja sebanyak 500%, petani diusir, jaringan petani menuntut geran tanah, mengumpulkan rakyat yang tiada rumah memohon projek MyHome, menuntut pembinaan perpustakaan umum, masalah tanah adat orang asal, kematian dalam lokap dan lain-lain.

Semua kerja dicatat dalam buletin dalam tiga bahasa dan diedar dalam kawasan Sungai Siput. Nombor telefon Dr Jeyakumar, pembantunya dan pemimpin cawangan juga ditulis dalam buletin itu.
Dr Jeyakumar menegaskan bahawa isu-isu yang disebut di atas bukan senang diselesai, kalau berbanding dengan bekas Ahli Parlimen dan menteri berpenggal-penggal Datuk Seri S Samy Vellu yang mempunyai kuasa dalam kerajaan dan peruntukan kewangan.

“Isu yang disebut di atas bukan semuanya diselesai dengan berjaya, terutamanya isu komuniti, dan faktor yang penting untuk penyelesaian adalah penglibatan rakyat.
“PSM menggalakkan rakyat melibatkan secara aktif dalam perjuangan untuk menuntut hak asasi. Di Perak, kerusi DUN BN dan PR lebih kurang sama, kalau pada masa ini rakyat seperti petani dan peneroka berani berjuang, maka kedua-dua pihak akan lebih prihatin terhadap isu berkaitan,” katanya.

DrJeyakumar juga mencetak buku perbahasan yang mencatat perbahasan di Parlimen dalam tiga bahasa.

Usaha ini mendapat respons yang positif, sebagai contohnya, baru-baru ini penoreh getah minta Dr Jeyakumar membawa isu ke Parlimen tentang harga getah yang rendah.

Pusat khidmat ini juga memaparkan semua soalan jawapan tulisan Ahli Parlimen parti pemerintah dan pembangkang ke laman web PSM, bukan sahaja jawapan tulisan Dr Jeyakumar.

Selain itu, Dr Jeyakumar juga prihatin tentang isu di luar kawasan Sungai Siput dengan tindakan, seperti mengutip dermaan kepada mangsa banjir Kuantan, menganjurkan forum isu hudud dengan NGO lain, memobilisasi rakyat ke Hari Pekerja dan bantah TPPA, membentang Akta Keterangkuman Sosial yang membanteraskan kemiskinan dan diskriminasi kaum, tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat. – 27 Mei, 2014.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Syabas PRM! PR bila lagi.. Sila lihat ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails