Wednesday, May 21, 2014

'Pengkhianat' PKR Demo Bantah Pemilihan


Sekumpulan anggota PKR yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan parti itu mengadakan bantahan di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi, dengan mencemuh pemimpin parti yang sedang mengadakan mesyuarat biro politik.

Mereka menjadikan penyandang kerusi Timbalan Presiden Azmin Ali dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin sebagai sasaran masing-masing.

"Suruh dia (Azmin) turun ke bawah, semua orang nak dengar ni," jerit seorang lelaki.

"Kita lawan tetap lawan, dia (Zuraida) tak lawan. Lawan nak menang kedudukan saja buat apa?” kata seorang lagi wanita.

Kemudian seorang lelaki tampil tidak puas hati dengan gelaran negatif diberikan kepada mereka.

"Hari ini aku sedar akulah pengkhianat, dan aku rasa yang ada di sekeliling aku ini semua pengkhianat.

"Inilah pengkhianat dari tahun (reformasi) 1998. dibuang kerja sebagai pengkhianat," katanya.

Bantahan itu bermula sekitar jam 8 malam apabila anggota parti daripada beberapa negeri berhimpun dan menghantar memorandum untuk sebuah pilihan raya baru.

Mereka juga menuntut beberapa pemimpin kanan, termasuk Azmin dan Saifuddin Nasutin yang mencabarnya dipecat.

Turut menjadi sasaran kemarahan Zuraida dan kesemua anggota jawatankuasa pemilihan parti yang diketuai oleh Datuk Johari Abdul. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails