Thursday, May 29, 2014
Polis, JPJ Tetap Teruskan Operasi Buru Cermin Gelap
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menafikan laporan kononnya pihak berkuasa akan menghentikan operasi terhadap pemilik kenderaan bercermin gelap.
Katanya, operasi yang diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu tidak dihentikan malah tetap diteruskan dan akan bermula 16 Jun ini.
"Saya ingin jelaskan bahawa operasi masih diteruskan dan ia akan dilakukan di seluruh negara.
"Kami akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap ini," katanya.
Sehubungan itu katanya, pemilik kenderaan terbabit mempunyai masa sehingga 15 Jun ini untuk membuat ubahsuai.
Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad mendakwa operasi pemeriksaan cermin gelap tidak akan diadakan secara besar-besaran. - HARAKAHDAILY 29/5/2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment