Monday, May 19, 2014

PRK T/Intan Simbol Politik Baru Negara.


TELUK INTAN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud dari kaum Melayu merupakan simbol politik baru negara ini. Beliau yang turut hadir pada program pelancaran jentera Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan turut meminta agar Umno-BN menjadikan ia sebagai contoh untuk mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mahu semua bersatu padu dalam apa jua bentuk politik yang kita lakukan.
"Kita mahu politik yang baru, Dyana adalah contoh calon muda dan sepatutnya dia di sokong oleh Wanita Umno.
"Kenapa Umno perlu hina, kita percaya kepada pimpinan pemudi pemuda di Malaysia, mereka ada kualiti dan berkaliber untuk memimpin negara ini," ucap beliau.

Menurut Kit Siang, jika kepercayaan diberikan kepada pimpinan muda seperti Dyana, sejarah bakal tercipta pada 31 Mei nanti.

"Kita perlu letak kepercayaan untuk pemimpin muda, kita boleh cipta sejarah pada 31 Mei nanti.
"Ia akan menjadi contoh kepada semua dan pastinya Teluk Intan menjadi contoh kepada semua negeri di Malaysia.

Dalam pada itu, beliau yakin Pakatan Rakyat khususnya DAP mempunyai peluang untuk mengekalkan kemenangan yang lalu.

"BN sangat yakin mereka boleh memenangi kerusi Teluk Intan, kita kena bekerja keras dan tidak boleh berada dalam keadaan selesa.
"PRK kali ini kita bersifat rendah diri 'underdog', kita kena berusaha untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan," sambung beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails