Wednesday, May 14, 2014

Rasuah Tabung Haji, Padan Muka, Siasat & Korek Lagi.



Kerani TH dipenjara 4 tahun, denda RM40,000

Seorang kerani Lembaga Tabung Haji (TH) dihukum penjara empat tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah menerima rasuah menolong 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji, mengerjakan ibadah itu pada 2010.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan hukuman itu terhadap Roslan Mohamed Som, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Selain Roslan, seorang lagi tertuduh, juruanalisis sistem Jabatan Teknologi Maklumat TH, Afizul Md Yasin, 36, turut dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM60,000 oleh mahkamah sama selepas didapati bersalah membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini dan sekiranya mereka gagal membayar denda itu, Roslan dan Afizul masing-masing boleh dipenjara 16 bulan dan lapan bulan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan kes mereka di Mahkamah Tinggi selesai selain menaikkan jumlah jaminan daripada RM20,000 kepada RM30,000.

Dalam penghakimannya, Mat Ghani menolak pembelaan Afizul yang menyatakan individu lain mengakses komputer itu kerana berdasarkan keterangan saksi pendakwaan dan laporan forensik menunjukkan tertuduh yang melakukannya.

Pada 9 Feb 2012, Roslan mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM6,750 sebagai upah untuk menolong menguruskan 27 jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010, supaya dapat menunaikan haji pada waktu itu.

Dia yang bertugas di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Tabung Haji, dituduh menerima wang itu daripada perantara, Samsudin Ibrahim di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di ibu negara antara 3.30 petang dan 4 petang, 15 Julai 2010.

Roslan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, Afizul juga mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan membuat capaian ke pangkalan data TH dan memasukkan rekod nama 27 jemaah haji menggunakan program komputer, tanpa kuasa yang perbuatan itu akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pangkalan sistem haji Lembaga Tabung Haji.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 13, Jabatan Teknologi Maklumat, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini antara 10.55 pagi dan 11.10 malam, pada Jun dan Julai 2010.
  
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Imam Abu Sa'id Nahrawi yang mewakili Roslan memohon hukuman ringan dikenakan kerana anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan mempunyai tahap kesihatan yang kurang memuaskan.

Peguam Rusli Zain yang mewakili Azizul, turut memohon hukuman ringan memandangkan Afizul telah insaf. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria.
-Bernama


Komen Wblog Ibnu Hasyim:  Adakah Tabung Haji mengutamakan keadilan dalam Islam? Orang kaya dan mewah diberi dulu, meninggalkan orang yang lama menabung dan orang-orang tua dari kampung yang bertahun-tahun menabung (kerana pendapatan cukup-cukup makan).
  • Orang-orang yang beri rasuah didahulukan, seperti kes di atas.
  • Ada pakej khas yang mewah, walau pun berkali-kali pergi, diutamakan dan cepat pula. Hak orang yang tidak mewah mana yang dimbil dan dirampasnya? Adakah Saudi beri peruntukan untuk hak-hak orang mewah?
  • Orang-orang pencen tidak diutamakan, walaupun sudah lama simpan di Tabung Haji?
Hai.. dalam ibadat pun ada pilih bulu dan kena rasuah pula. Ada pakej mewah. Harga yang sepatutnya murah pun, jadi mahal? Celaka punya tabung haji, tak boleh diharap untuk membantu kaum marhaen dalam Islam?

Rakyat dan kita nak dengar, puak-puak Tabung Haji jelaskan hal ini!

3 comments:

Anonymous said...

peduli apa aku ...!!! kubur asing-asing ... aji tak aji ... asal aku kaya ... anak bini aku senang ... masa depan terjamin ... kau bagi sikit, lulus lambat ... kau bagi banyak, lulus cepat ... ada faham ...?????

Anonymous said...

Apa nak herankan sebab bos dia pun dari parti yg korup maka penyakit korup ni pun dibawa masuk ke Tabung haji.

cikmatgelap said...

jgn org yg makan rasuah aje di hukum tapi org yg memberi rasuah pun patut di penjarakan,klu tiada yg memberi rasuah takkan ada yg makan rasuah,org tengah yg menjadi pengantara kes rasuah patut di hukum juga,nak pegi haji pun kena beri rasuah,hai apa dah jadi dgn manusia ni,manusia jenis apa ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails