Friday, May 02, 2014

Rupanya 10 Militan M'sia Ditahan Kerana Mahu Berjuang Di Syria.


Beberapa anggota pemberontak menyediakan meriam dalam satu serangan menghadapi tentera Syria, dua hari lepas. Dakwaan penganiayaan puak Syiah ke atas Sunnah mendorong militan Malaysia ke Syria, menurut pihak berkuasa Malaysia. – Gambar Reuters, 2 Mei, 2014. 
Beberapa anggota pemberontak menyediakan meriam dalam satu serangan menghadapi tentera Syria, dua hari lepas. Dakwaan penganiayaan puak Syiah ke atas Sunnah mendorong militan Malaysia ke Syria, menurut pihak berkuasa Malaysia. – Gambar Reuters, 2 Mei, 2014.

Sepuluh militan yang ditahan polis awal minggu ini di Kedah dan Selangor merancang ke Syria untuk menyertai perang yang berlarutan sejak tiga tahun lalu, kata pihak keselamatan Malaysia.

Katanya kepada The Malaysian Insider, lapan lelaki dan dua wanita itu dipengaruhi penganiayaan yang berlaku terhadap puak Sunnah di Syria dan mahu berjuang bersama pemberontak yang menentang presiden Bashar Al-Assad.

“Lebih daripada 20 rakyat Malaysia lain dikesan memasuki Syria dan berjuang menentang tentera negara itu.
“Sebab utama rakyat Malaysia berjuang menentang Bashar kerana tidak sanggup melihat penganiayaan dan penindasan terhadap puak Sunnah oleh presiden Syria itu sendiri.
“Bashar dilihat sebagai pengikut Syiah dan disokong oleh Iran sementara pemberontak disokong oleh majoriti negara Sunnah,” kata sumber itu.

Enggan mendedahkan identiti, pihak keselamatan berkata kepada The Malaysian Insider, 10 militan yang ditahan di Kedah dan Selangor pada Isnin dan Selasa berusia di antara 20 dan 50 tahun serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Katanya, minat rakyat Malaysia menyertai perang Syria tercetus tahun lalu apabila bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dituduh mencetuskan keganasan mengancam keselamatan awam di Syria.

Sama seperti 10 militan itu, Yazid, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Sejak penangkapan dan pertuduhan ke atas Yazid, minat terhadap perang Syria mula bercambah yang mana sebelum itu tidak dikesan polis.
“Pengambilan dilakukan melalui media sosial seperti Facebook,” menurut sumber itu yang mendakwa satu kumpulan lagi ditubuhkan dan merancang untuk ke luar negara.
“Laluan penerbangan yang biasa dipilih dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki.
“Dari sana mereka yang ‘berjihad’ itu akan menemui orang tengah untuk dibawa ke Syria menggunakan jalan khas.”
The Malaysian Insider juga difahamkan, pejuang jihad di sana hanya mengambil wang tunai dari militan itu dari Malaysia dan menggunakannya untuk membeli senjata sebaik tiba si Syria.
"Senapang AK-47 buatan Rusia biasa dijual pada harga US$500 (RM1,645) bersama peluru," katanya.

Dasar penentangan keras Putrajaya terhadap Syiah disedari Iran apabila rakyat mereka di negara itu mula memboikot barangan Malaysia sejak Mac tahun lalu. Kedutaan Iran di Kuala Lumpur melaporkan perdagangan di antara Malaysia dan Iran mencatatkan penurunan dua bulan pertama tahun ini. – 2 Mei, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..

3 comments:

  1. Orang Pas tu.....Pas kan Bodoh suka terpengaruh dengan Tipuan2....Kan pelik nk pi perang mana org Pas tu beljar mengunakan senjata?...Mesti dia dah Kursus dengan Lebai2 mangkuk PAS.

    ReplyDelete
  2. Anon di atas, ni buta perut sangat ke? Bila orang Pas kata nak pergi perang dengan senjata?

    Bengong, syamdol..

    ReplyDelete
  3. dia orang nak jihad mati masok syorga. kalau semua orang jihad mati masok syorga nanti neraka takde orang yang masok pulok. jadi sebab itulah patut tahan orang yang nak jihad mati masok syorga. biar dia orang hidup dalam dunia yang penuh dengan subahat dan dusta akhir zaman yang boleh menjanjikan kesenangan dunia pada semua. take beer!!!

    ReplyDelete