Tuesday, May 13, 2014

Lagi ADUN UMNO Keluar Parti, T'ganu Di Ambang Tumbang.



Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam. 

Hari ini,  ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan  ADUN Ajil Ghazali Taib. Seperti dua pendahulunya, Roslee juga memilih menjadi calon bebas. 

Langkah terbaru itu menyebabkan BN kini hilang penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas bertahan hanya dengan kelebihan dua kerusi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu. BN sebelum ini mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota. Selepas hilang tiga kerusi, BN kini hanya mempunyai 14 kerusi dalam DUN. 

Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan, situasi yang hampir sama dengan krisis yang berlaku di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu. Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat. (MK)

Majoriti kerusis di Terengganu kini berpihak kepada barisan Pakatan Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider. Majoriti kerusis di Terengganu kini berpihak kepada barisan Pakatan Rakyat. Gambar  The Malaysian Insider.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails