Saturday, May 31, 2014
Siapa Mahu Lawan Rasuah, Perkauman, Tipu rakyat.. Mari.. -Dr Mujahid
TELUK INTAN: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud akan pecahkan tembok perkauman yang ditanam oleh BN selama ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, DAP telah bertindak berani meletakkan calon berbangsa Melayu yang beragama Islam bagi melawan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Menurutnya, PAS sangat kagum dengan keberanian DAP yang digambarkan parti chuvanis Cina oleh BN khususnya Umno.
"Saya sangat 'salute' dengan keberanian DAP yang sangat berani apabila meletakkan Dyana sebagai calon.
"Inilah bukti DAP bukannya parti perkauman seperti parti komponen di dalam BN," katanya ketika berucap di ceramah kemuncak DAP, Bandar Teluk Intan dekat sini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, Pakatan Rakyat tidak mengamalkan semangat perkauman dalam perjuangannya dan buktinya semua parti gabungan itu meletakkan calon berbilang bangsa. PAS katanya turut meletakkan selain Melayu sebagai calon termasuklah di parlimen Air Hitam yang ditandingi oleh Mantan Pengerusi DHPP Perak, Hu Pan Chaw pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
"Kita tidak ada beza, siapa mahu lawan rasuah, perkauman, tipu rakyat mari bersama Pakatan Rakyat.
"Mari kita lawan sama-sama dan parti Umno, MIC, MCA, Gerakan sampai mereka tak boleh cari makan," jelasnya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment