Saturday, May 31, 2014

Tak Malukah M'sia Negara Islam, Mahkamah Syariah Rendah?






TAK Malukah Malaysia yang menggelarkan dirinya negara Islam, tetapi Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidangkuasa yang lebih tinggi daripada mahkamah Syariah  Ertinya bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah rendah dari mahkamah sivil?

Terbaru, kes ini sebagai buktinya.. Menurut Malaysiakini...

Hakim: Bidang kuasa mahkamah sivil lebih tinggi dari mahkamah syariah
Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidangkuasa yang lebih tinggi daripada mahkamah Syariah dalam pertikaian agama pasangan yang tidak memeluk Islam, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Dalam memberikan tempoh seminggu kepada K Pathmanathan @ Muhammad Ridhuan Abdullah untuk memulangkan anak perempuan yang berusia enam tahun kepada ibu bukan Islam, M Indira Gandhi, mahkamah juga mendapati si bapa telah menghina mahkamah

Hakim Lee Swee Seng berkata kegagalan memulangkan
kanak-kanak itu, memerlukan polis untuk menguatkuasakan waran tangkap terhadap Pathmanathan kerana menghina dan tidak mematuhi perintah mahkamah.

Membacakan penghakimannya selama dua setengah jam, Hakim Lee berkata bidang kuasa penyeliaan Mahkamah Tinggi awam adalah berdasarkan kepada fakta bahawa keputusan mahkamah syariah tidak boleh mengikat pihak bukan Islam dalam perkahwinan.

Beliau berkata negara mengamalkan undang-undang sekular di mana Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad dan adalah lebih tinggi sifatnya daripada mahkamah syariah.

"Berikutan itu, bapa mesti menyerahkan anak itu kepada Kula & Associates pada tengah hari Jumaat depan," perintah Hakim Lee.

Beliau sebelum itu menolak permohonan peguam Pathmanathan , Anas Fauzi, untuk penangguhan selama enam bulan ke atas perintah penghinaan itu dan memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan dalam tempoh seminggu.

Perintah penghinaan itu,  kata Hakim Lee, hanya dapat diketepikan dengan Pathmanathan memulangkan kanak-kanak itu, Prasana Diksa . Pathmanathan mengambil Prasana pada tahun 2009, ketika dia berumur 11 bulan.


Itulah Malaysia tanah airku. Mahkamah syariah di bawah mahlamah sivil.  (IH)

4 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

isytihar Malaysia negara Islam hanya gimik untuk memukau orang melayu supaya terus mengundi UMNO semata-mata sedang s3mua yang Islam larang seperti rasuah, memfaraid harta rakyat dll semua dibuat ol3h pemimpin.

Kalau satu masa kena isytihar Malaysia ini n3gara sekular 100% pun depa sanggup demi nak undi supaya depa terus kekal berkuasa dan meneruskan semua yang dilarang oleh Islam.

Diharap k3menangan Dyana Sofya didalam P4K Telok Intan hari ini akan meruntuhkan t3mbok p3nipuan UMNO yang membodohkan orang melayu selama ini sedikit demi sedikit sebagaimana runtuhnya t3mbok Berlin.

Anonymous said...

hakim tu kurang ajar...

Anonymous said...

Jangan marah hakim, marah kerajaan BN. Kempen tolak dalam tiap pengundian. No BN..

Anonymous said...

Jangan marah pada hakim dia hanya buat kerja yang disuruh oleh undang-undang yang dicipta dan dilulus oleh orang yang mengaku islam sendiri ,kita ada ketua agama yang konon akan menanggung segala dosa yang dilakukan oleh rakyat tapi bila kita lihat perangai ketua lebih teruk dari rakyat yang disuruh taat pada mereka, jadi lebih baik kita berdo'a kehadrat yang Maha Esa semoga mamat yang jadi mangsa ini diberi hidayat oleh yang Maha Berkuasa.Amin!,,,,,,, ya Robbal 'alamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails