Wakil Ikhwan Syria kunjungi Presiden PAS
KL: Ikhwan Muslimin Syria mengucapkan rterima kasih kepada PAS atas sokongan berterusan yang diberikan parti itu kepada perjuangan rakyat Syria berdepan kekejaman regim Bashar al-Assad.
Ucapan terima kasih itu dizahirkan Muraqib Am Ikhwanul Muslimin Syria Syeikh Muhammad Riyadh Shokfah dalam kunjungan bertemu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Turut serta dalam pertemuan hampir sejam itu itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusar Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Dalam pertemuan itu, Presiden PAS diberi maklumat berkaitan perkembangan semasa pergolakan di Syria. Selain itu, mereka turut mendapatkan pandangan Tuan Guru Abdul Hadi berhubung krisis yang tidak berkesudahan itu.
Dalam temubual bersama Harakahdaily selepas itu, Syeikh Muhammad Riyadh turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib rakyat Syria.
"Saya menyeru orang Malaysia mengambil tahu situasi sebenar di Syria.
"Atas akidah yang satu ini kita harap hubungan ini akan berterusan pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus membantu dalam bentuk memberi sumbangan kepada warga Syria. Katanya ketika ini beberapa keperluan sangat kritikal termasuk makanan, ubat-ubatan, hospital medan dan juga ambulan.
"Kami juga memerlukan bantuan dari segi pendidikan. Berapa ramai anak-anak kami di sana tidak dapat belajar dan bersekolah," katanya. - HARAKAHDAILY 6/5/2014
2 comments:
skrg ni bukan assad yg membunuh penduduk Syria tp militan yg kononnya berjihad disyria.
potong kepala org sampai putus tu sunnah ke? humban penjawat awam dr bgn tinggi tu jihad? tembak penggal org awam dan tahanan tu jihad ke? jihad nikah tu sunnah ke? mkn pil tu jihad juga?
brp ribu rakyat Syria yg dibunuh oleh assad? ada ke 150ribu spt yg terbunuh skrg? dimalaysia pun rakyat kena bunuh dgn gomen. diarab Saudi, Iraq, bahrain, Pakistan hari2 rakyat (shia) kena bunuh. semua pengeboman diiraq berlaku dikwsn shia.
skrg Israel merampas tnh palestin dan dgn bongkak netanhayu berkata Israel untuk yahudi shj. Israel juga sdg merobohkan masjid aqsa. knp tak jihad?
btw jihad disyria didana oleh arab Saudi - sbuah negara yg sdg berusaha menghapuskan sejarah Islam. amerika walaupun telah dan sdg membunuh umat Islam diseluruh dunia memberikan senjata dan intelijen. Israel pun membantu militan dgn mendirikan hospital dan meletakkan sistem anti pesawat digolan. cari diyoutube lihat netanhayu berslm dgn militan yg cedera dihospital Israel.
kalau isil, fsa, al ciada, jahbat berperang sama sendiri dan terbunuh, semua tu dikira syahid ke?
Skrg pi tolong pula org kafir lwn org kafir. Jihad ke tu?
A large number of Wahabi Takfiri terrorist (Mercenaries) fighters in Syria, who bear Saudi and Chechnian nationalities and receive financial and military backup from the Saudi intelligence agency, have been transferred to the Ukrainian capital, Kiev, on several planes to help the Ukrainian army in its fight against the pro-Russian population,” an Arab security official told FNA on Sunday on the condition of anonymity due to the secrecy of the issue.
“The forces have been immediately dispatched to Kramatosk city in Eastern Ukraine, and are now fighting beside the Ukrainian army forces against the pro-Russians under the name of militias who support the government,” the source added.
The source explained that Saudi Arabia seeks to take revenge from Russia and pro-Russian people in Ukraine due to Moscow’s support for Syrian President Bashar al-Assad in the war on rebel groups.
Keyboard Warior seperti anonymous May 7, 2014 at 10:27 AM di atas nih disarankan supaya pergi sendiri ke Syria mencari bukti sahih untuk membenarkan tuduhannya...
Dibimbangi keterangan dengar cakap dan klip video yang tak diketahui agenda di sebaliknya telah berjaya
mempengaruhi sikap dan pendiriannya dalam isu ini!
Post a Comment