KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) membuat laporan polis terhadap Setiausaha Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman yang mengeluarkan kenyataan biadap dalam laman facebooknya, dengan menggelarkan para muslimat yang turun berdemonstrasi dalam himpunan anti GST tempoh hari sebagai pelacur.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengetuai dewan itu membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini pagi ini.
Katanya, DMPWP menuntut suspek bernama Mohd Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.
“Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi,” ujarnya. (HD)
No comments:
Post a Comment