Monday, May 26, 2014

Umpan Lampin Ibu Tunggal: Shahrizat Beri RM500.

 
Seorang ibu tunggal di Teluk Intan mendakwa Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawatnya pagi tadi dan memberikan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan sambil merayu sokongan terhadap BN.

“Saya diberi RM500 dan pampers (lampin), untuk kegunaan anak perempuan saya,” katanya kepada Malaysiakini, sambil berterima kasih terhadap Shahrizat dan BN atas hadiah itu.

Penganggur 57 tahun itu berkata, Shahrizat memintanya mengundi calon BN Mah Siew Keong. P Panjalay menetap di Taman Semarak dan menjaga tiga anak perempuannya yang berumur antara 33 hingga 36 tahun yang mempunyai masalah mental.

Shahrizat meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumahnya pagi ini. Panjalay berkata, Shahrizat menyerahkan wang kepadanya tetapi beliau tidak pasti sama ada ia datang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Umno. Tanpa mengambil kira sumbangan ini, beliau bagaimanapun berkata sentiasa menjadi penyokong BN.

“Saya akan tetap sokong BN. Saya tidak pernah pangkah pembangkang. Saya akan bawa anak kedua saya untuk mengundi sama. Kami berdua akan sokong BN,” katanya.

Shahrizat, penasihat khas kepada perdana menteri dalam isu-isu wanita dan kebajikan melawat dua keluarga di Teluk Intan hari ini. Beliau turut melawat sebuah keluarga lagi di Jalan Mat Intan yang baru sahaja kehilangan anggota keluarga sebelum menghadiri program keagamaan di Taman Intan. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails