15 Militan M'sia Didakwa Terbunuh Di Syria, Kata Wisma Putra
Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar oleh Reuters, 25 Jun, 2014. Wisma
Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia
terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan
aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil),
kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar
mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu
sidang media pada 18 Jun. Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain
termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama
itu di Syria.
"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia
yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria
mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.
“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”
Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui
tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh
rakyatnya sendiri.
Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria
(Isis) terlibat dengan aktiviti keganasan di kedua-dua negara tersebut.
Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara
Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan
diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas. Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.
Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad
Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq. Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga
terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom
berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan
Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang
mengorbankan 25 polis Iraq.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada
pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di
Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan
rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil
jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu. – 25
Jun, 2014. (TMI)
1 comment:
jihad seekor pekerja kilang bengong ni level manusia bengo dop pandai ilmu peperangan untuk jadi komander tentera yang hebat. dia hanya sekadar balaci pak arab duk bunuh diri dengan buat pengeboman bunuh diri sahaja. takkanlah orang yang bunuh diri pakai bom ni boleh masok syorga. syorga tu tempat orang pengecut duk jadi pengebom bunuh diri. MATI ITU MUDAH SAHAJA!!! sapa sapa pun boleh jadi pengebom bunuh diri balaci bangsa arab babi laknatullah. HIDUP ITU SUSAH sebab banyak ujian dari Allah swt. hanya seekor PENGECUT sahaja yang mahu jadi pengebom bunuh diri balaci bangsa arab laknatullah!
Post a Comment