Sekurang-kurangnya tiga menteri dilaporkan akan meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.
Tiga
menteri tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor; Menteri Perdagangan Koperasi Negeri dan
Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharum.
Portal
Malaysian Digest memetik sumber pejabat Perdana Menteri sebagai berkata,
rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran menteri terbabit
mempunyai kaitan dengan prestasi masing-masing.
“Mereka
ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana
dilihat tidak dapat mengekang isu-isu melibatkan kementerian
masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada
Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri-menteri Kabinet,” kata sumber tersebut.
Sumber
itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan
dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu “ia akan berlaku tidak lama
lagi.”
Namun,
rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang
memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk
Kementerian Pengangkutan.
Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio dalam kalangan menteri.
“Apabila berlaku pertukaran portfolio tiga kabinet (yang dikosongkan), portfolio yang lain juga mungkin akan berubah, ” katanya.
Kementerian
Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi antara tumpuan di
tengah-tengah keresahan umum berikutan kenaikan kos sara hidup selain
menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul
berhubung isu itu.
Jamil
Khir yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pula menerima kritikan
keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah
Allah dan penyebaran fahaman Syiah.
Tengku
Adnan pula dipalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta
kenyataan kontroversinya untuk mewujudkan Hard Rock Cafe di Putrajaya. –
New Malaysian Post.
Apakah benar 3 orang menteri ini bakal dikeluarkan dari kabinet Najib? Tunggu lagi cerita panas nak mai lagi. (Sumber link)
No comments:
Post a Comment