Friday, June 06, 2014

3 Menteri Ini Akan Tersingkir, Apa Salahnya Menurut Najib?



Sekurang-kurangnya tiga menteri dilaporkan akan meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.
Tiga menteri tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Portal Malaysian Digest memetik sumber pejabat Perdana Menteri sebagai berkata, rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran menteri terbabit mempunyai kaitan dengan prestasi masing-masing.

“Mereka ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana dilihat tidak dapat mengekang isu-isu melibatkan kementerian masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri-menteri Kabinet,” kata sumber tersebut.

Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu “ia akan berlaku tidak lama lagi.”
Namun, rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk Kementerian Pengangkutan.

Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio dalam kalangan menteri.

“Apabila berlaku pertukaran portfolio tiga kabinet (yang dikosongkan), portfolio yang lain juga mungkin akan berubah, ” katanya.

Kementerian Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi antara tumpuan di tengah-tengah keresahan umum berikutan kenaikan kos sara hidup selain menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul berhubung isu itu.

Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pula menerima kritikan keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah Allah dan penyebaran fahaman Syiah.

Tengku Adnan pula dipalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta kenyataan kontroversinya untuk mewujudkan Hard Rock Cafe di Putrajaya. – New Malaysian Post.

Apakah benar 3 orang menteri ini bakal dikeluarkan dari kabinet Najib? Tunggu lagi cerita panas nak mai lagi. (Sumber link)

No comments:

Post a Comment