Saturday, June 21, 2014

3 Perkara Mengenai Nabila (Keluar Agama?) & Amy Search


DI AJAK PELUK AGAMA LAIN - AMY SEARCH DAH MALAS BIMBING NABILA?

"Saya tidak tahu dan dah malas. Saya tak mahu komen apa-apa," begitulah luahan bapa kepada Nabila Huda iaitu Amy Search mengenai perkembangan terkini anaknya itu.

Ternyata, tugas sebagai bapa sememangnya agak berat untuk ditanggung oleh Amy. Ini kerana, apa sahaja keburukan yang tersebar tentang anaknya itu pasti dia juga terkena tempiasnya.

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

Klik gambar untuk size besar


"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia.

"Berita mengenai Nabila diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui oleh saya pada hari ini (semalam)," tambah Amy lagi seolah sudah serik memberi nasihat.

Bukan apa, sebelum inipun Amy sudah pernah menasihati dan menegur anak perempuannya itu... tetapi tidak berhasil.



Mendengar butir bicara Amy itu, ia seolah membayangkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Bahkan ini bukan kali pertama Nabila dilanda kontroversi, malah ada sahaja kontroversi baru yang diciptanya.

Ia termasuklah salah seorang pengikut laman Instagramnya, bernama Darian Christ telah mengajak Nabila untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ia ajakan serius atau sekadar untuk menyedarkan Nabila daripada terus bermimpi. Allahu a'lam!
(Sumber: myartis.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul seperti dilaporkan, inilah berita paling menggerunkaan..
  • Apakah ini berita orang Islam (diajak) akan jadi murtad?
  • Bolehkah mempengaruhi orang yang sudah beragama tukar agama, mengikut perundangan di negara ini?
  • Perlukah bahagian Agama Islam campurtangan, siasat dan ambil tindakan untuk membantu?

7 comments:

Anonymous said...

Apa yang hendak hairankan ALlah mencipta makhlokNya dengan hidayat awal yang diberi melalui ibu dan bapa jika ketika dalam kandungan lagi ibu dan bapa sudah hilang arah tuju beragama akibatnya bila anak sudah dewasa kita sudah anggap mereka boleh berfikir sendiri, itulah sebabnya dalam islam anak disuruh pukul dan mengajar agama diketika berumur mumaiyiz atau tujuh tahun jangan tunggu sehingga aqil baligh,jadi sekarang kita kenalah terima tempiasnya,jangan salahkan badan lain yang boleh dipertangungjawabkan.

Anonymous said...

Kalau seorang ayah dah keluar cakap sampai macam tu sekali... maksud anak tu dah jadi anak derhaka...

Anonymous said...

Tak hairan, ayahnya pun 2x5 saja ...

Anonymous said...

Tiada yang mustahil d Malaysia ini,Malaysia boleh...lebih lebih lagi Malaysia bukan nya Negara Islam...Dalam perlembagaan Negara sekalipun termaktub "Rakyat berhak menentukan Agama mereka sendiri"....So fikikir lah sendiri...!!!

. said...

Tullaa..
nabilla prangai ngalahkan babey..
cam cibai gampang!!!
sial betullah lu betina...

Anonymous said...

yg perlu diberi perhatian oleh org Islam adalah sumber rezeki yg dibawa balik untuk keluarga, sebab itulah macam2 gejala yg berlaku terhadap isteri dan anak2 kita, isteri bermain kayu tiga, anak2 jadi rempit atau bosia, hisap dadah, berzina dan belbagai.

Anonymous said...

kita ambk sudut positif je la.jgn mudah mhukum,baik bimbing dlu sb dia msih lg islam..anggap sindiran je tu.tujuan pe lak member dia tu nk ajak tkar agama.dh dlm islam pn dia bebas dh nk wat pe2.agama bkn lagi benda penting dlm hdup dia..tp ingat,kafir harbi dgn murtad ni bleh jd halal darahnya utk di.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails