Tuesday, June 17, 2014

Awas, K'jaan Boleh Pintas Komunikasi Anda.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mendedahkan bahawa kerajaan berupaya memintas komunikasi rakyat sama ada melalui emel, telekomunikasi atau pos seperti yang diperuntukkan bawah lima akta.

Dalam jawapan bertulisnya, Nancy berkata pendakwa raya dibenarkan untuk membuat pintasan bawah seksyen 116C Kanun Atacara Jenayah jika berpendapat komunikasi itu mungkin mengandungi maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan.

Empat lagi akta yang memperuntukkan perkara yang sama ialah Seksyen 27A Akta Dadah Merbahaya; Seksyen 11 Akta Penculikan; seksyen 43 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 6 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), katanya.

"Dari tahun 2009, tiada pintasan komunikasi yang melibatkan mana-mana ahli politik. Pintasan komunikasi dipohon semasa proses risikan dan siasatan oleh pihak polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain," katanya .

Nancy menjawab soalan MP Kluang Liew Chin Tong mengenai kekerapan timbalan pendakwa raya memintas emel, telekomunikasi dan tulisan di Internet oleh ahli politik, suspek jenayah dan orang awam antara 1998 dan 2014.

Liew tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut kerana ia tidak menjelaskan tindakan pihak berkuasa terhadap komunikasi di kalangan ahli politik sebelum 2009.

"Adakah ini bermakna sebelum 2009 terdapat banyak berlaku pintasan telefon? Apa yang berlaku antara tahun 1998 dan 2009.
"Kerajaan perlu bersikap lebih telus," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. (MK)

1 comment:

Anonymous said...

Suka hati kaulah nak pintas... yang pasti kau orang gagal pintas komunikasi MH370... malah TUDM gagal memintas pesawat yang tak dikenali pada malam tu... tak pergi pintas sebab minyak mahal kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails