
Ustaz
Lotfi Ariffin dipecat sebagai ahli PAS pada 11 Mei, 2014 selepas beliau
ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad. – Gambar ihsan Facebook Ustaz
Lotfi Ariffin, 26 Jun, 2014.
P/JAYA: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di
Lubnan pada 2012 kerana dipercayai terlibat dengan al-Qaeda berada dalam
keadaan baik dan sedang menunggu perbicaraan pada November ini. Sumber memberitahu The Star bahawa mereka
masih ditempatkan di penjara Lubnan kerana kes perbicaraan mereka
ditangguhkan beberapa kali akibat masalah kesihatan.
"Terbaharu, kes mereka dijadualkan akan didengar pada Mei tetapi ia ditangguhkan kerana keluarga tertuduh melantik peguam baharu," kata sumber.
Beliau berkata, Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 22, dan Razif Mohd Ariff, 31, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut pada Oktober 2012 kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan berada dalam keadaan baik.
Kedua-dua mereka ditahan berdasarkan risikan tentera yang mendakwa mereka direkrut oleh seorang anggota yang juga rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yaman, lokasi mereka dijadualkan bertemu ahli al-Qaeda yang lain.
Razif dan Razin turut didakwa cuba memasuki Syria melalui Turki untuk melancarkan serangan berani mati, dua bulan sebelum mereka tiba di Lubnan. (mStar)
No comments:
Post a Comment