Thursday, June 19, 2014

Bagdad Diancam K/Negara Islam. Apa Sikap M'sia.

















KEDUDUKAN Baghdad, Ibu Kota Iraq, sedang terancam apabila bandar Baquba, 40 batu utara Baghdad telah jatuh ke tangan kumpulan militan - yang menggelar diri mereka Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria  atau ISIS - dalam pertempuran yang menewaskan tentera Iraq.

Kumpulan ISIS ini adalah pro-Sunni yang disokong oleh negara Arab Sunni dan Wahabi.

Sekiranya Baghdad jatuh, kesannya ialah bahawa kedudukan Baghdad terancam. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk Baghdad dan sekitarnya lari dari kota itu. Demikian menurut agensi berita luar negera.

Tetapi masalahnya, sudah lima bandar di Iraq telah jatuh ke tangan militan ISIS itu dan militan ini merancang bukan saja untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah Perdana Menteri Nouri al-Maliki, tetapi juga merancang untuk membebaskan Syria daripada pemerintahan Syiah Alawi, Bashar al-Assad.

Penganalisis antarabangsa berpendapat, jika kumpulan Sunni ini semakin banyak menawan wilayah Iraq, maka impikasinya ialah akan mengundang krisis sejagat, yang akan melibatkan kuasa besar dan Iran.

Rabu lalu, Presiden Barack Obama telah berbincang dengan pemimpin Kongres Amerika untuk memutuskan sama ada  Amerika akan campur tangan kansung di Iraq dan bagaimana caranya. Pentadbiran Amerika dikatakan berdepan dengan keputusan yang sukar. Bagaimanapun, Obama sudah menghantarkan ratusan tenteranya ke Iraq, tetapi belum memutuskan sama ada akan melakukan serangan udara ke atas wilayah yang telah ditawan oleh militan ISIS itu.

Sementara itu, ribuan penduduk – kebanyakannya Syiah – telah meninggalkan Baquba dan beberapa bandar yang telah ditawan oleh militan ISIS itu. Pelarian itu membawa apa saja yang sempat mereka bawa, termasuk daging dan makanan lain.

Sebelum ini militan Sunni ini telan menawan bandar Tal Afar, dua wilayah di daerah Diyala dan Mosul, bandar kedua terbesar selepas Baghdad.

Menurut laporan agensi berita luar negera, militan ISIS mendakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 1,700 penduduk bermazhab Syiah sejak mereka melancarkan serangan untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah.

Kabinet Iraq kelmarin telah memberi bantuan USD850,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah di Nineveh, Salaheddin dan wilayah Diyala.

Sementara itu Iran, yang bersempadan dengan Iraq, kini sedang bersedia untuk campur tangan di Iraq. Baru-baru ini, agensi berita Iran, Irna melaporkan bahawa Presiden Hassan Rouhani memberitahu bahawa Iran akan melindungi beberapa tempat suci Syiah di Iraq daripada serangan ‘pembunuh dan teroris’.

Seorang pegawai tinggi Iraq di Baghdad memberitahu CNN minggu lalu bahawa Iran telah menghantar 500 Pengawal Revolusi untuk menentang militan ISIS. Tetapi Rouhani menafikan berita itu. Bagaimanapun, beliau berkata, Iran terbuka untuk membantu Iraq jika diminta. Iran mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syiah Iraq.

Sementara itu, Amerika dan Iran telah mengadakan perbincangan serius di Vienna, Austria Isnin lalu mengenai ancaman militan ISIS.

Krisis yang berlaku di Iraq ini menimbulkan impikasi terburuk mengenai kestabilan di Semenanjung Arab itu. Pertentangan Sunni-Syiah di negara rantau Arab itu sudah lama membara, walaupun pemimpin negara Arab itu selama ini cuba tidak membesar-besarkannya.
Sementara itu, tentera Iraq yang sempat lari, menceritakan bahawa mereka sangat malu apabila ditewaskan oleh militan ISIS. Komander mereka tidak kelihatan di tempat pertempuran. Mereka meminta peluru untuk melawan, tetapi tiada jawapan, lalu mereka lari meninggalkan pusat-pusat kawalan dengan rasa amat malu.

Dalam hubungan ini dua komander tentera Iraq telah disoal-siasat kerana meninggalkan pusat kawalan. Dalam masa yang sama Perdana Menteri Nouri al-Maliki telah menuduh kaum Kurdis di utara Iraq mendorong kekalahan tentera Iraq supaya mereka dapat merebut wilayah utara itu serta senjata yang ditinggalkan oleh tentera Iraq. Tetapi tuduhan al-Maliki itu  tidak dapat dibuktikan.

Selasa lalu, al-Maliki telah memecat tiga orang jeneral yang ditempatkan di Mosul dan memerintahkan supaya mereka dibicarakan di mahkamah tentera.

Beliau juga telah memecat seorang brigadier jeneral dan memerintahkan supaya jeneral itu dibicarakan di mahkamah tentera. Al-Maiki juga bercadang untuk memecat beberapa lagi pegawai kanan tenteranya atau dihadapkan ke mahkamah tentera.

Menurut sumber, militan ISIS ini mendapat bantuan kewangan dan senjata yang banyak dari negara Teluk yang kaya dan dijangkakan krisis ini akan berlarutan. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Komen Weblog Ibnu Hasyum:  Apa sikap Malaysia, kerajaan kena jelaskan segera..

1 comment:

XUMNO said...

Mereka yang menentang kerajaan syiah Iraq yang zalim menyembelih penduduk2 Sunni adalah pejuang bukan terrorists/pengganas.Ia adalah reaksi terhadap kezaliman melapau yang penduduk Sunni hadapi daripada tentera dan kerajaan Syiah yang menjadi barua Barat dan Iran.Seperti di Syria, puak2 Syiah ini adalah jenis pengecut dan akan lari seperti tikus bila berhadapan dengan pejuang2 Islam ISIS,Al-Qaedah dan Taliban.InsyaAllah kerajaan2 Barua Iraq dan Syria akan dihapuskan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails