Sunday, June 22, 2014

Biar Mesyuarat Pakatan Putuskan Nasib Khalid, Kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014. 

Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.‎

"Itu bukan kenyataan rasmi. Keputusan mengekal atau membuat perubahan dibuat secara perbincangan keputusan PR dengan perkenan Tuanku.
"Jadi bukan keputusan daripada yang kita dengar melalui desas-desus," katanya kepada pemberita selepas berucap mengenai Asian Renaissance di Puchong, hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam responsnya mengenai desakan pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor yang mahu agar menteri besar ditukar kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anwar berkata, kenyataan daripada pemimpin PAS dan DAP Selangor itu hanya satu pandangan peribadi sahaja dan tidak melibatkan pendirian rasmi PR.

"Mereka lahirkan pandangan mereka berdasarkan beberapa perkembangan baru.
"Kita tengok, kita bincang, dan kita akan putuskan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman berkata, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti dalam Pakatan.
Ahli Parlimen PAS Khalid Samad pula berkata, memandangkan keputusan sudah dibuat, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.

"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," katanya.

Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo juga sebelum ini pernah mengkritik pentadbiran Khalid termasuk isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex). Namun, desakan dan tekanan itu tidak diambil berat oleh Khalid yang menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik.

Katannya, persepsi sering memandang beliau lemah dalam pentadbiran negeri kerana kerap menangani isu sensitif, antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Ketidakgembiraan adalah perkara biasa‎ kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan.
"Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tatatertibnya dan undang-undang," katanya. – 21 Jun, 2014. (TMI)

1 comment:

maae said...

Saya ingin komen sedikit :-

1. Sebagai MB, Khalid masih melaksanakan gaya koporat. Perancangan, apa di putuskan betul, akan di laksanakan. Objektif utama menjaga akaun Selangor. Sebenar jika tiada pembaziran itu yang terbaik. Dalam meneraju kerajaan, saya fikir, tidak boleh di elakkan. Jika sengaja membazir, itu kelemahan. Soal membelakangkan parti, saya rasa, sesekali terpaksa juga. Jika tidak, tidak berwibawalah sebagai MB Selangor yang di beri amanah.

2. Sebagai MB, beliau hanya melihat yang besar. Yang sepatut nya di jaga tidak di hiraukan. Milikharta Melayu dan Perlembagaan Malaysia di mana Selangor juga terikat dengan nya. Juga melibatkan Islam dan Syariah. Jika ini tiada dalam pentadbiran nya, wajib lah beliau di pecat atau mengundur diri. Jika hanya mengisi kehendak sebahagian parti, bermewah dengan kuasa, tidak untuk rakyat Selangor, maka Sultan patut juga bersuara demi Demi kebaikan Kerajaan Baginda.Akur lah, sesuatu yang tidak baik tidak semesti nya begitu. Cuma manusia ini selalu sombong dan angkuh.

3. Jika Khalid itu berhati Melayu, saya juga ingin melihat pembangunan besar dan kejayaan Melayu terutama dalam ekonomi dan pemilikan harta yang berganda-ganda dan bernilai tinggi secara komersial dan berskala besar. Tiada guna yang kaya bertambah kaya dari dasar polisi politik yang tidak seimbang.

Perbandingan bukan melayu, di mana mereka berkuasa, yang utama juga ada lah menjaga bangsa nya, sahsiah nya dan mengawal ekonomi. Akur lah ruang ini, tiada tempat untuk Melayu. Melayu di jadikan 'kasut' terpakai sehingga kini. Ini yang MESTI di ubah.

Melayu masih kalah memperjuangkan Hak Asasi sendiri. Untuk bangsa lain memperjuangkan nya, hanya angan-angan kosong!

Ini lah perjuangan politik untuk kita (Melayu) jika masih mengenal tetes air mata darah pengorbanan besar moyang kita terdahulu. Dari kuasa politik, memiliki ekonomi untuk lebih berdaya saing. Tiada yang mustahil jika kebijaksanaan di aplikasikan secara halus dan kasar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails