GAMBAR rakaman video yang disiarkan pemberontak Boko
Haram menunjukkan sebahagian pelajar perempuan yang diculik di Chibok
pada April lalu. - AP
Singer Adokiye's Raunchy
ABUJA - Seorang penyanyi Nigeria sanggup menawarkan daranya sebagai pertukaran untuk membebaskan lebih 200 pelajar perempuan yang diculik kumpulan militan Boko Haram, lapor akbar New York Daily News kelmarin.
Kumpulan pemberontak Boko Haram bergiat aktif di Nigeria sejak 2009. Tawaran oleh penyanyi tersebut, Adokiye Kyrian, 23, didedahkan dalam satu temu bual bersama media tempatan.
"Mereka terlalu muda. Saya mahu menawarkan diri saya sebagai ganti," Adokiye memberitahu akhbar Vanguard.
Apabila seorang wartawan memberitahu penyanyi itu tentang tindakan yang akan dilakukan oleh kumpulan penculik itu ke atas dirinya, Adokiye masih enggan berganjak daripada keputusannya.
"Para pelajar itu berusia antara 12 hingga 15 tahun. Saya lebih tua dan berpengalaman. Walaupun terdapat 10 hingga 12 lelaki yang ingin meniduri saya pada setiap malam, saya tidak peduli. Saya mahu mereka membebaskan kesemua tebusan," jelasnya.
Namun, tawaran tersebut mendapat reaksi negatif ramai pengguna laman sosial yang berpendapat Adokiye cuba mencari publisiti murah.
"Adokiye memberitahu kita semua bahawa dia masih dara, saya tidak percaya," kata seorang pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama still_jimmy.
Kumpulan pengganas itu menculik lebih 300 pelajar perempuan di Chibok dua bulan lalu manakala kira-kira 176 mangsa telah berjaya melarikan diri. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boko Haram, ertinya 'pendidikan barat itu haram' atau 'pendidikan barat berdosa'.. dalam bahasa Hausa yang digunakan di bahagian utara Nigeria. Banyak orang percaya bahawa anggota kelompok ini telah di'brainwash' dengan melihat pendidikan Barat merupakan sesuatu perkara yang jahat.
Mereka hanya bercakap dalam bahasa Arab kerana percaya bahasa Inggris menyebabkan Barat menyebarkan perilaku tidak bermoral dan korapsi di seluruh dunia. Kelompok ini juga sangat menentang peniruan segala sesuatu yang mengikuti Barat, dikatakan unsur kritianisasi, mulai dari cara berpakaian sehingga ke berhubungan dalam masyarakat.
Walaupun agent keamanan barat telah melakukan penyiasatan pada aktitiviti kumpulan ini, tetapi tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai bagaimana sumber dana mereka. Catatan polis juga tidak menunjukkan para pemimpin kumpulan ini tersenarai dalam golongan mereka yang dikehendaki sebelum ini.
Ada yang berpendapat bahawa kumpulan Boko Haram walaupun bergerak atas nama agama tetapi sebenarnya kumpulan ini adalah kumpulan politik yang berkehendakakn kuasa. Jadi Bako Haram adalah kumpulan antibarat.
Jika diteliti lagi, Boko Haram, sebuah kelompok digelar pengganas oleh kerajaan Nigeria dan US. Baru-baru ini kumpulan ini telah menculik lebih dari 200 pelajar perempuan di Nigeria dan beberapa lagi. Mereka juga melakukan serangan kepada kumpulan gereja pada hari Natal.
Boko Haram, sebuah dilabelkan kelompok radikal Islam di Nigeria, didirikan pada 2002 di Maiduguri, ibukota negera bahagian Borno, yang diproklamirkan oleh seorang ustaz Mohammed Yusuf, dalam usia 30-an yang memiliki kekayaan pribadi memadai untuk pembiayaan gerakan ini.
Penduduk tempatan rata-ratanya tidak memberikan maklumat yang 'detail' mengenai aktiviti kumpulan ini kerana bimbang kepada tekanan yang akan dialami. Boko Haram dikatakan tidak memiliki strategi dan kelengkapan yang baik untuk merekrut ahlinya. Ahlinya terdiri dari bekas pengajar di universiti serta mahasiswanya yang telah keluar untuk mengikuti kumpulan ini.
Walaupun begitu ada juga penduduk yang tidak mendapat pendidikan menanggotainya. Ada sebahagian juga ahli daripada negera jiran seperti Chad. Mereka solat di masjid yang terpisah dan tidak bercampur dengan masyarakat tempatan. Mereka memelihara janggut panjang dan memakai kopiah hitam atau merah. Kumpulan ini menuntut penerapan hukum syariah di 36 negara bahagian di negara Nigeria.
Pada 2004, mereka pindah ke Kanamma di negeri bahagian Yobe, dekat perbatasan Niger, dimana mereka mendirikan sebuah tapak untuk menyerang balai polis terdekat. Kerusuhan kecil terjadi di Bauchi yang dikaitkan dengan kelompok ini pada 2004, tetapi tidak terdengar lagi setelah peristiwa tersebut.
Kumpulan ini menjadi perbualan hangat sekitar tahun 2009 setelah serangan yang dilakukan kepada balai polis dan bangunan pejabat pemerintah yang menyebabkan ratusan orang mati dan dedera. Begitu sekilas kisahnya.
1 comment:
saya risau, Islam di malaysia menuju ke arah pergerakan ektremisis kerana beberapa tanda semakin menuju ke arah itu. jika tidak dibendung mungkin akan berlaku pertumpahan darah antara agama.
Post a Comment