Thursday, June 12, 2014

Cap Kucing, Kambing & Timun Pula, Selain Bihun Cap Masjid..

Foto
LANTAI premis dipenuhi sisa takungan air beras yang sudah basi.
Foto
PIHAK berkuasa merampas bihun cap Kucing di pasar raya.

PENGGUNA
Kuala Lumpur: Selain bihun Cap Masjid, sebuah kilang di Jalan Ipoh, di sini yang disita kelmarin, turut mengeluarkan produk itu menggunakan tiga logo lain iaitu cap Kucing, Kambing dan Timun.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahyuddin mengarahkan semua peniaga menghentikan penjualan keempat-empat jenama berkenaan di pasaran.

“Kita tidak dapat memastikan berapa luas penjualan semua jenama bihun dikeluarkan oleh kilang berkenaan, namun kita akan melakukan pemantauan berterusan di premis lain.
“Kita beri amaran kepada peniaga supaya tidak lagi menjual jenama berkenaan kerana ia adalah satu kesalahan dan sekiranya mereka didapati masih menjualnya, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman berat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, KPDNKK akan melakukan siasatan lanjut terhadap kilang berkenaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM100,000 bagi individu atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh dikenakan tidak lebih RM250,000 (myMetro)

No comments:

Post a Comment