Ketua Jabatan Pemulihan Sosial Agensi Hal Ehwal Sosial Surabaya Dedy Sosialisto berkata sehingga Isnin, hanya 63 daripada 311 bapa dan ibu ayam mengambil bayaran itu. Berikutan itu, katanya, agensi tersebut melanjutkan tempoh akhir untuk mengambil bayaran itu dari 23-26 Jun.
"Saya harap lebih banyak orang akan mengambil bayaran pampasan itu kerana wang yang tidak diambil akan dikembalikan kepada kerajaan," kata Dedy seperti dipetik Jakarta Post pada Isnin.
Dolly menempatkan 1,449 pekerja seks, 311 ibu dan bapa ayam serta kira-kira 300 rumah pelacuran. Kira-kira 400 penduduk di kawasan itu mencari rezeki dengan menjalankan pelbagai perniagaan lain. (mStar)
Ketua Bandar Surabaya Ikhlas Jika Mati Ketika Berjuang
Ketua bandar Surabaya,Tri Rismaharini akhirnya berjaya menutup pusat pelacuran yang dikenal sebagai 'Dolly' di bandar tersebut pada 18 Jun yang lalu.Usahanya tetap diteruskan walaupun dihalang beberapa samseng yang menjaga kawasan tersebut.
Ketua bandar itu tidak takut dengan ugutan dan ancaman tersebut malahan sebelum keluar untuk menutup kawasan tersebut,dia sempat meminta keluarganya ikhlas terhadap perjuangannya jika dia tewas saat menutup kawasan tersebut.
"Saya pamit pada keluarga untuk tutup Gang Dolly hari ini. Kalau saya mati, ikhlaskan", kata Risma.
Sokongan terhadap usaha Ketua Bandar ini disambut oleh lebih 3000 Ulamak di Indonesia yang mendoakannya. Selain itu,sokongan juga dapat dilihat di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak minggu lalu.Hashtag #SuroboyoTutupDolly mendapat sambutan hangat oleh pengguna Twitter di sana.
**Alangkah bagusnya jika pemimpin seperti ini ada di Malaysia. (Diangkat dari http://www.viralmedia.my )
No comments:
Post a Comment